Thursday 17 March 2011

           Minggu 1 :Konsep Pentaksiran,Pengujian dan Penilaian
Konsep Pentaksiran:
   Pentaksiran  ialah terjemahan perkataan Inggeris “assessment” yang berasal daripada perkataan Latin “assidere” yang membawa maksud “duduk di sisi”.
Dalam  konteks  pendidikan , pentaksiran merupakan satu aktiviti yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod , memberi skor dan menginterpretasi  maklumat tentang hasil pembelajaran seorang pelajar yang bagi tujuan tertentu.
Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran,  aktiviti dijalankan semasa , aktiviti dijalankan secara berterusan(sumatif) dan aktiviti yang    bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang bai.(formatif).
Pentaksiran  merupakan  sesuatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu.

            Pentafsiran juga merupakan satu proses mendapatkan gambaran tentang prestasi    seseorang  dalam pembelajaran  ,aktiviti yang dijalankan  semasa pengajaran dan    pembelajaran 
Dalam  satu sistem peperiksaan kita membuat penilaian berdasarkan skor atau skor-skor yang diperolehi  daripada pelbagai proses pentaksiran dan mengukuran..
Pentaksiran  adalah  satu proses mendapatkan maklumat  bagi tujuan membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Tujuan  Pentaksiran:

Tujuan pentaksiaran adalah  untuk  menolong guru  mendapatkan gambaran tentang prestasi  murid-murid  dalam pembelajaran. Seterusnya  menilai aktiviti yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Melalui  pentaksiran guru  boleh  mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran seterusnya  boleh memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
Selain itu  membolehkan guru  merancang aktiviti pengajaran dan   pembelajaran yang tersusun dan sistematik yang  bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.  Ini membolehkan semua  atau sebilangan  besar  murid dalamkelas secara efektif.
Selepas  membuat pentaksiran guru sedang merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.  Ini membolehkan  guru  memperbaiki pengajaran dan pembelajaran .
Rukun Pentaksiran: