Sunday, 29 May 2011

Interaksi 1: Konsep Pentaksiran ,Pengujian dan Penilaian
Pendahuluan:
Projek perealisasian item didefinisikan sebagai suatu siri aktiviti yang terancang untuk guru supaya berpengetahuan, berkemahiran dan bersahsiah tinggi dalam kerja-kerja pembinaan item selaras dengan prinsip dan prosedur pentaksiaran yang ditetapkan. Ia membolehkan guru mengetahui dan memahami konsep kesahan dan kebolehpercayaan, konstruk yang ditafsir, prinsip pembinaan item dan prinsip penilaian item. Kemahiran menulis item yang menepati ciri item yang berkualiti, mengklasifikasikan item mengikut konstruk, konteks dan aras kesukaran serta mampu menilai item berdasarkan system 9 poin.
Konsep Pentaksiran:
Pentaksiaran ialah terjemahan perkataan Inggeris “assessment” yang berasal daripada perkataan Latin “assidere” yang membawa maksud “duduk di sisi”.
Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu aktiviti yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seorang pelajar yang bagi tujuan tertentu.
Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran, aktiviti dijalankan semasa, aktiviti dijalankan secara berterusan (sumatif) dan aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik. (formatif).
Pentaksiran merupakan sesuatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu.
Pentafsiran juga merupakan satu proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran, aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
Dalam satu sistem peperiksaan kita membuat penilaian berdasarkan skor atau skor-skor yang diperolehi daripada pelbagai proses pentaksiran dan pengukuran.

Tujuan Pentaksiran:
Tujuan pentaksiaran adalah untuk menolong guru mendapatkan gambaran tentang prestasi murid-murid dalam pembelajaran. Seterusnya menilai aktiviti yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Melalui pentaksiran guru boleh mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran seterusnya boleh memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
Selain itu membolehkan guru merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik yang bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. .
Selepas membuat pentaksiran guru dapat merancang dan melaksanakan aktiviti tindakan susul yang berkesan. Ini membolehkan guru memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.
Rukun Pentaksiran:
Rukun pentaksiran meliputi Instrumen iaitu soalan –soalan yang dibuat oleh pemeriksa. Sebelum kita mengadakan pentaksiran (calon). Guru mesti fokuskan kumpulan yang ditaksir. Respon atau jawapan secara lisan atau tulisan daripada murid-murid. Selain itu kumpulan yang menaksir iaitu pemeriksa yang memberikan pentaksiran, Ia terdiri daripada maklumat, penghakiman, produk dan proses
Maklumat meliputi hal-hal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Evidens yang menggambarkan prestasi calon/pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir. Respon atau jawapan (lisan atau tulisan) .Maklumat juga dikumpul melalui perlakuan dan artifak.
Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan. Penghakiman membuat keputusan tentang kedudukan sesuatu kes/isu/kualiti
Contohnya:
Ya/tidak, Betul/salah
Produk melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai.Perkara yang dihasratkan dalam pendidikan seperti adab, kemahiran dan pengetahuan.
Proses melibatkan operasi, dapatan dan hasil.Contoh: Satu susunan langkah/ tindakan/ operasi yang bertertib dan terarah yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki. Dilaksanakan mengikut langkah-langkah: Contohnya: Langkah 1 ----langkah 2------langkah 3------- Hasil
4 Ciri-ciri Penting Dalam Pentaksiran
Ciri-ciri pentaksiran yang baik ialah keobjektifan, kebolehtadbiran, kemudahtafsiran dan kekomprehensifan. Ciri ini perlu dipertimbangkan bagi memastikan sesuatu instrument pentaksiran baik dan berkualiti.
Keobjektifan merujuk ketepatan pemeriksa memberikan skor calon. Ini membolehkan guru menyediakan skema penskoran yang objektif dan markah atau diselaraskan. Ia juga bertujuan untuk memastikan pemeriksaan mempunyai kefahaman dan kemahiran yang selaras antara satu sama lain.Seterusnya boleh mengurangkan perselisihan pemberian markah/skor di kalangan pemeriksa. Cara ini mengurangkan perselisihan pemberian markah/skor dalam kalangan pemeriksa/pentaksir..
Kebolehtadbiran bermaksud sejauh mana kelicinan kerja-kerja pentaksiran atau susulan dapat dijalankan dengan mudah dalam proses pengujian dan pentaksiran yang dilaksanakan sama ada secara berpusat atau pentaksitan berasaskan sekolah.
Kemudahtafsiran merujuk kepada sejauh mana skor itu dapat memberikan maklumat dan tentang pencapaian calon berdasarkan skor yang diperolehi.
Kekomprehensifan merujuk sejauh mana sesuatu ujian itu mengandungi semua objektif yang penting.Oleh kerana itu, semakin banyak bilangan item, semakin baik dan taburan perwakilan adalah lebih menyeluruh.
Teori Penrtaksiran:
Praktis mestilah terbimbing oleh teori .Teori memberikan jawapan kepada kita tentang “mengapakah kita melakukan sesuatu dalam praktis?”
Melalui kajian didapati teori tanpa praktis, tiada apa-apa yang terhasil. Umpama politik tanpa negara, agama dan pengamal.
Jika praktis tanpa teori, boleh diumpama kita berjalan dalam megelapan. Kita menjadi sesak dalam perjalanan, mungkin tidak sampai tujuan atau sampai ke tujuan lain. Oleh demikian, teori dan praktis itu tidak boleh dipisahkan.
Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk ----SKOR.
Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada calon serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran dan sistem pendidikan kebangsaan
Skor adalah sesuatu pentaksiran boleh mempunyai darjah kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi atau sebaliknya.
Kesahan skor mesti relevan dan mewakili atau cakupan. Foktor yang menentukan kesahan skor. Pertama mesti relevan .Relevan iaitu item yang ditulis bagi sesuatu instrument pentaksiran mestilah menepati.
Kedua mesti dapat mewakili/cakupan sesuatu yang ditaksir. Item dalam instrumen mestilah cakupan. Contohnya, cakupan kurikulum, terdiri daripada kepelbagaian item, .aras kesukaran yang dihasratkan, kepelbagaian menyoal.
Kebolehpercayaan skor mesti tepat dan tekal. Kebolehpercayaan Instrumen ialah memberi skor yang konsisten. Foktor mempengaruhi kebolehpercayaan skor ialah arahan ujian tidak jelas, tempoh masa melaksanakan ujian tidak sesuai, pentadbiran yang tidak standard dan sebagainya.
Konstruk ialah perkara yang cuba dibangunkan/diperkembang dalan diri murid-murid melalui pengajaran sesuatu mata pelajaran atau kurikulum. Konstruk dikenal pasti daripada sukatan pelajaran.
Tujuan konstruk dalah untuk menguji pengetahuan dan kemahiran mentafsir, mengaplikasi serta menganalisis.
Kategori Konstruk terdiri daripada 3 bahagian:
Pengetahuan tentang konsep, fakta, prinsip.Kemahiran intelektual, amali, menghitung, menyelesaikan masalah, menganalisis dan Nilai bertanggungjawab, teliti, tekun, menghargai dan sebagainya.
Aras Kesukaran:
Instrumen pentaksiran yang baik mengandungi ketiga-tiga aras kesukaran, iaitu aras rendah, sederhana dan tinggi. Aras rendah ialah item yang mampu dijawab oleh calon berkebolehan rendah, sederhana dan tinggi .Aras sederhana ialah item yang mampu dijawab oleh calon berkebolehan sederhana dan tinggi manakala aras tinggi ialah item yang mampu dijawab oleh calon berkebolehan tinggi sahaja.
Kaedah Pentaksiran
Kaedah Pentaksiran boleh dilaksanakan kepada 3 cara:
a.Pemerhatian
b. Lisan
c. Penulisan
Cara-cara membuat pentaksiran melalui pemerhatian, lisan dan penulisan adalah melalui:


1. Pemerhatian melalui sikap, amali, pelakuan atau amalan, kemahiran
bersosial, kemahiran belajar, kemahiran reka cipta, hasil kerja murid
seperti lukisan, buku skrap dan lain-lain.
2 .Lisan melalui cara soal jawab, perbincangan dalam
kumpulan, syarahan, perbahasan,bacaan kuat, bercerita ,temu bual,deklamasi sajak/puisi/pantun dan sebagainya.
3. Penulisan melalui aktivirti menyemak dan memeriksa tugasan hasil kerja
murid-murid. Contohnya: soalan dalam bentuk subjektif, soalan dalam
bentuk objektif dan sebagainya.

Pengujian
Menurut Tuckman (1975) ujian ialah satu jenis atau kumpulan alat pengukuran yang biasanya digunakan untuk mengetahui tentang seseorang. Manakala Gagne (1970) pula mendefinisikan bahawa ianya adalah cara yang sistematik untuk mengukur tingkah laku seseorang individu (perkaitan dengan pembelajaran)

Konsep Pengujian:
Pengujian ialah suatu cara sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku individu (pelajar).Bahan ukur merupakan bentuk soalan yang kebolehpercayaan. Ia bertujuan prengujian/mengesan kemajuan/pencapaian /penguasaan pelajar terhadap suatu bidang pelajaran.
Alat pengukuran dari segi kognitif, psikomotor dan afektif murid-murid. Melalui proses pengumpulan maklumat, membuat analisis,, selepas peperiksaan dan pentaksiran guru mesti buat tindakan selanjutnya.
Penilaian dalam pendidikan merupakan suatu sistem/proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya yang dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Secara simpulannya pengujian ialah satu teknik untuk mendapatkan maklumat satu alat yang dapat mencapaian tujuan si pengguna. Mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu supaya dapat menempatkan pelajar dalam kumpulan belajar yang sesuai. Biasanya dilaksanakan melalui pemerhatian, ujian bertulis, ujian lisan. Ia dilaksanakan selepas satu/beberapa topik pelajar diajar.
Konsep Penilaian
Menurut Stufflebeam et.al.(1971)menyatakan “penilaian” sebagai the proses of delineating,obtaining and providing useful information for judging decision alternatives. Menurut Terry D. TenBrink (1974) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.
Penilaian merupakan satu proses pengumpulan maklumat, Proses membuat analisis supaya dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seseorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru. Ia membolehkan guru membuat tiidakan selanjutnya selepas sesuatu penilaian.

Prosedur melaksanakan penilaian:
Terutamanyanya guru mesti membuat persediaan ujian seperti menyediakan item ujian. Melaksanakan pentadbiran ujian termasuk lokasi. Pemeriksaan dan pengukuran ujian. Kemudian guru membuat analisis.Akhirnya membuat tindakan susulan.
Tujuan Penilaian
Sistem penilaian merupakan sistem yang penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tujuan menggunakan sistem penilaian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ialah:
Membolehkan guru mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada murid-murid dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Mengumpul maklumat tentang pencapaian murid-murid selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya guru dapat membuat pentafsiran dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Menentukan kekuatan dan kelemahan murid-murid dalam pelajaran sesuatu kemahiran supaya merancang aktiviti pengayaan dan pemulihan.
Selain itu, tujuan mengadakan penilaian boleh menolong guru mengetahuai sejauh manakah pelajar mereka telah dapat menguasai pembelajaran yang telah disampaikan.Ini membolehkan guru merancang strategi pengajaran yang lebih berkesan. Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian, guru dapat mempertingkatkan pegajaran mereka dari semasa ke semasa.
Tujuan penilaian juga boleh memberi peluang kepada murid-murid untuk mengetahui kelemahan –kelemahan mereka dalam kemahiran atau bidang tertentu dan boleh segera memperbaikinya. Membolegkan guru menentukan pencapaian objektif pelajaran yang ditetapkan untuk merancang aktiviti pengajaran dan pemnbelajaran pada masa akan datang.
Membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan kawan sekelas atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.Membandingkan pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang subjek dengan bidang lain. Tujuan untuk meneliti maklumat tersebut dapat digunakan untuk pemulihan dan keperluan lain.
Merekod keputusan-keputusan penilaian dalam Rekod Prestasi dan Rekod Profil untuk dirujuk oleh pihak-pihak yang berkenaan.Membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran. Guru dapat meyalurkan pelajar ke jurusan-jurusan tertentu mengikut kebolehan mereka.Seperti jurusan sanis, sastera, teknikal.
Penilaian
Di bawah program KBSR dan KBSM, terdapat 3 jenis penilaian, iaitu penilaian mengesan penguasaan, penilaian mengesan kemajuan dan penilaian mengesan pencapaian.
1. Penilaian mengesan penguasaan dijalankan semasa guru mengajar
dalam kelas. Bertujuan untuk mengesan kelemahan penguasaan matematik yang sedang diajar. Cara penilaian ini tidak formal kerana ia dibetulkan dengan serta-merta.
2. Penilaian Mengesan Kemajuan dijalankan selepas mengajar beberapa
kemahiran dalam sesuatu topik telah selesai diajar. Tujuan selepas mengajar beberapa kemahiran dalam sesuatu topik telah selesai diajar. Cara boleh dijalankan dengan cara formal atau tidak formal.Melalui pemerhatian,latihan congak, soaljawab secara lisan ,memeriksa hasil kerja murid atau ujian kertas-pensel.
3. Penilaian Mengesan Pencapaian dijalankan selepas mengajar beberapa
Topic atau tempoh satu penggal.Bertujuan menentukan kedudukan murid-murid dalam kumpulan masing-masing. Dilaksanakan secara formal.Keputusan direkodkan dalam suatu borang yang dinamakan Rekod Profil dengan markah dan gred serta catatan untuk tindakan yang sewajarnya.
Pada amnya, ketiga-tiga aktiviti penilaian yang dihuraikan di atas boleh digolongkan kepada 2 jenis, iaitu penilaian formatif yang digunakan untuk mengesan penguasaan dan kemajuan dan penialan sumatif yang digunakan untuk mengesan pencapaian.


Interaksi 2: Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl
Taksonomi ialah kajian tentang prinsip,peraturan dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4(2005). Ia diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom (1956)
Ia merupakan suatu nilai berdasarkan kognitif /mentalo.Ia juga merangkumi aspek pengetahuan,fakta dan teori. Ia boleh membina pemikiran untuk pemahaman dan menjadi lebih kreatif dalam suatu pembelajaran.
Terdapat tiga domain utama dalam pendidikan:
1. Domain kognitif
2. Domain Afektif
3. Domain Psikomotor
Domain Kognitif
Domain Kognitif perkembangan pemikiran murid-murid. Ia melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian dan keterampilan berfikir. Domain kognitif membincangkan pengingatan semula atau pengecaman pengetahuan dan perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran.
Objektif kognitif
Objektif kognitif berubah-ubah daripada mengingati kembali dengan mudah bahan-bahan yang telah dipelajari hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan idea dan bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif. Ia merupakan domain yang utama berkaitan dengan kebanyakkan perkembangan pengujian masa kini.
Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap.
1. Pengetahuan
2. Kefahaman
3. Aplikasi
4. Analisis
5. Sintesis
6. Penilaian

Aras Pengetahuan:
Mengingat kembali fakta asas istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari tanpa perubahan. Mengetahui objektif pembelajaran. Terdiri daripada suatu penyataan yang ringkas,tepat dan tidak memerlukan contoh. Perkataan yang biasa digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah namakan, berikan, nyatakan,labelkan,terangkan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya.
Ciri-ciri aras pengetahuan
Mengingat pengetahuan yang diminta. Sama dengan pengajaran guru atau tidak memerlukan murid-murid mengubah pengetahuan dalam bentuk baru. Jawapan dapat ditentukan dengan mudah sama ada betul atau salah.
Aras Pemahaman:
Menguji kebolehan calon menterjemah, memahami,dan mengintepretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari. Keupayaan murid-murid memberi penguraian,atau makna kepada sesuatu perkara. Kebolehan mengubah kefahaman pada daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain.Boleh menyatakan idea utama dalam ayat sendiri. Menterjemahkan isi kepada huraian. Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan, jelaskan, mengapa dan sebagai.
.
Kefahaman boleh dibahagikan kepada aspek berikut:
Aspek Penterjemahan (menterjemah) iaitu menterjemahkan maklumat dari satu bahasa ke bahasa lain dengan tidak mengubah makna asal. Contohnya menterjemah satu bahasa ke bahasa lain. Menukar bentuk simbol kepada bentuk verbal atau sebaliknya.membaca skor muzik.
Aspek Menafsir (interpretasi) ialah idea/mesej yang disampaikan dalam bentuk tersurat atau tersirat.Setelah difahami,maksudnya disampaikan semula dalam perkataan pelajar itu sendiri.Misalnya murid dapat mentafsir data dalam bentuk carta kepada bentuk tulisan/huraian . Contohnya mengolah, menyusun, meringkas sesuatu pernyataan ,peristiwa atau konsep menggunakan bahasa tanpa mengubah makna dan tujuan asal.menerang.

Aspek Ekstrapolasi iaitu membuat telahan/inferens tentang apa yang berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberi/diterima. Perkataan yang biasa digunakan ialah huraikan, jelaskan,terangkan,tukarkan,mengapakah,bezakan,bandingkan,nyatakan dalam perkataan anda sendiri,kelaskan,bahagikan,tafsirkan,asingkan
Ciri-ciri soalan berasaskan pemahaman:
Memerlukan penggunaan proses mental berkait dengan kefahaman,misalnya terjemahan,tafsiran dan ekstrapolasi.Penggunaan/maklumat asas telah diajar/diberi kepada pelajar. Memerlukan bahan atau alat komunikasi untuk diterjemah,ditafsir atau diekstrapolasikan. Pelajar menyatakan kefahaman mereka dalam ayat atau perkataan mereka sendiri.
Aras Aplikasi:
Peringkat ini menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah. Murid-murid berkebolehan menggunakan maklumat dalam situasi baru. Menekankan penggunaan kaedah, prinsip dan hukum teori. Proses pembelajaran dari bahan mujarat/abstrak. Perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, meramal,mengendalikan,carikan, kirakan, gunakan, huraikan dan sebagainya. Perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan dan sebagainya.

Ciri –ciri soalan berasaskan aplikasi:
Menggunakan proses mental aplikasi. Melibatkan 3 frasa iaitu, prinsip, Menyelesaikan masalah,dalam situasi baru. Hendaklah berkaitan dengan masalah dalam situasi baru yang tidak sama dengan masalah yang dibancangkan dalam bilik darjah. Contohnya mengaitkan peristiwa masa kini dengan peristiwa masa lalu. Menyelesaikan masalah matematik dengan menggunakan rumus yang bersesuaian.
Aras Analisis:
Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan. Kebolehan memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil.Membahagikan pembelajaran.Menaakul sebab dan meleraikan komunikasi.Menilai kerelevanan data(topik) Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, menganalisis, mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan sebagainya.. Contohnya mengarap pernyataan yang tidak dinyatakan secara eksplisit berdasarkan sesuatu maklumat.
Aras Sintasis
Peringkat ini menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan fakta / idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi. Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan sebagainya. Contohnya mencipta lagu, membuat candangan tentang prosedur untuk menguji hipotesis, mereka bentuk bangunan berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan , membina hipotesis berdasarkan data atau pemerhatian yang ada.
Penilaian
Penilaian adalah cara menguji kebolehan calon, membuktikan, menilai, mengesahkan, mengritik, memberi pendapat mengenai sesuatu penyataan. Tujuannya adalah untuk membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan kriteria tertentu. Menguji kebolehan, membuktikan,mengkritik .Membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan kriteria. Perkataan . Contohynya, mengenalpasti ketepatan,kecukup-cukup dan kerelevanan data. mengenalpasti sama ada data,metodologi dan perbincangan menyokong suatu dapatan atau kesimpulan yang dibuat.
Domain Afektif (krathwohl)

Domain Afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai murid-murid. Ia melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek perasaan emosi seperti minat,sikap, apresiasi dan cara penyesuaian diri.
Diasaskan oleh, David R. Krathwohl. Domain Afektif melibatkan aspek-aspek , kerohanian dan penekan kepada pertumbuhan dan perkembangan sikap , perasaan, emosi dan nilai murid-murid ..Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik. Pembelajaran dapat dijalankandengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.
Krathwahl, Bloom ,Masia(1964) telah mengklasifikasikan domain afektif ini kepada 4 kategori: Ia boleh dikelaskan mengikut peringkat penghayatan yang paling rendah kepada yang paling tinggi .

1.Peringkat penerimaan,
2.Peringkat memberi gerak balas
3.Peringkat penilaian
4. Peringkat mengorganisasi.

1. PENERIMAAN
Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian. Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.

Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini :
Kesedaran .Pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka.
Kesudian untuk menerima. Pelajar sudi menerima sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.
Perhatian yang terkawal atau terpilih .Pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian
GERAK BALAS
Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya. Pada aras ini, murid-murid bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.

MENILAI
Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

ORGANISASI
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan.Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya
Bidang ini melibatkan aspek-aspek kerohanian dan penekan kepada pertumbuhan dan perkembangan sikap, perasaan, emosi dan nilai yang wujud pada diri seseorang terutamanya murid-murid. Jika proses pembelajaran berasaskan domain afektif ialah murid-murid menerima input yang berupa nilai-nilai murni dan pengembangan dari segi perasaan, emosi,sikap serta elemen kerohanian lain yang menjadi sebahagian daripada pertumbuhan diri seseorang murid.
Bidang ini disusun oleh David R. Krathwohl, Benjamin S. Bloom dan Bertram. Masia telah mengklasifikasikan domain afektif ini kepada 4 peringkat. Ia boleh dikelaskan mengikut peringkat penghayatan yang paling rendah kepada yang paling tinggi .
Perwatakan
Kesanggupan bertindak dengan konsisten selari dengan nilai yang dipegang.Perubahan tingkah laku selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.Objektif am: Mengekalkan nilai-nilai dalam pengajaran dan pembelajran.. Objektif khusus: Disiplin dalam mengekalkan nilai.
Relevan
Tidak membiarkan murid untuk meneriam ilmu sekadar dari segi luaran yang tidak mempunyai nilai. Meningatkan murid untuk bertindak balas terhadappembelajaran dengan menilai,merancang dan membuka minda murid mereka cenderung dalam sesuatu bidang.
Mencari cara pengajaran yang merangsang minat pembelajaran murid.
Pengajaran yang tidak hanya tertumpu pada sesuatu topik yang tidak berkait dengan minat murid.Tidak membiarkan murid untuk meneriam ilmu sekadar dari segi luaran yang tidak mempunyai nilai.
Meningatkan murid untuk bertindak balas terhadappembelajaran dengan menilai,merancang dan membuka minda murid mereka cenderung dalam sesuatu bidang.
Mencari cara pengajaran yang merangsang minat pembelajaran murid. Pengajaran yang tidak hanya tertumpu pada sesuatu topik yang tidak berkait dengan minat murid.

Domain Psikomotor
Domain Psikomotor pula melibatkan perkembangan kemahiran fizikal murid-murid. Ia berkaitan dengan pergerakan anggota fizikal. Dikenali dari kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap penyelesaian, gagasan, metadologi dan sebagainya dengan menggunakan criteria yang sesuai atau standard yang ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya.Domain Psikomotor mengenai perilaku-perilaku yang menekankan aspek keterampilan motor seperti tulisan tangan, berenang, dan mengoperasi mesin.
Taksomoni Simpson membahagikan aspek psikomotor kepada lima peringkat iaitu :pengamatan,persediaan,pergerakan terkawal,mekanisme dan pergerakan khusus
Taksonomi Jewett mengemukakan Domain Psikomotor kepada 3 peringkat iaitu pergerakan asas, pergerakan khusus dan pengerakan kreatif.
Secara rumusannya, Domain Psikomotor dibahagikan kepada 5 peringkat iaitu pergerakan kebiasaan,asa kemahiran, pemgembangan kemahiran, pelarasan dan penyelesaian kemahiran serta kesempurnaan dan pergerakan kemahiran.
Interaksi 3: Jadual Spesifikasi Ujian(JSU)
Jaduan Spesifikasi Ujian
Definisi Jadual Spesifikasi Ujian (JSU ) ialah rancangan persediaan item atau sesuatu ujian. Ia juga dikenali sebagai “Teks Blue Print” dan “Teks Specification”. Ia juga merupakan jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap konstruk, konteks, pemberatan tiap konteks dan pemberatan taburan aras kesukaran soalan.




Jadual Spesifikasi Ujian diwujudkan bertujuan untuk menghasilkan soalan yang berkualiti iaitu tidak membantuk soalan secara spontan atau soalan tidak tahu aras. Soalan yang dihasilkan tidak mempunyai kesahan atau tiada keutuhan.

Ciri-ciri Jaduan Spesifikasi Ujian ;
Kandungan ujian yang berupa topik-topik pelajaran. Aras soalan yang mengikut aras taksonomi objektif pendidikan Merupakan matrik yang terdiri daripada 2 paksi iaitu paksi melintang- aras kemahiran dan menegak-kandungan.Bilangan item dinyatakan dalam JSU mengikut aras kemahiran yang ditetapkan.Mengandungi aras kemahiran mengikut lama masa mengajar dan kepentingan kemahiran.Kepayahan item dalam lingkungan 20% - 80%.Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas khusus dan lain-lain.jaran.
Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian;
JSU yang dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas ujian dan pembina item/soalan ujian. Jadual Spesifikasi Ujian dirancangkan untuk mengelakkan sesuatu ujian dibina secara sembarangan. Melalui jadual Spesifikasi Ujian dapat menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian. Selain itu juga dapat menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
Boleh memudahkan guru menentukan pertimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji. Kertas ujian dapat digubal secara sistematik. Kesahan dari segi persempelan sukatan pelajaran adalah terjamin.
Selain itu juga memberi panduan untuk membentuk format ujian.Memberi panduan untuk membentuk soalan. Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari tahun ke tahun. Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topik.Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain.Taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang.Ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran.

Langkah-Langkah Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Berpandukan langkah-langkah pembinaan JSU kita haruslah memilih isi kandungan dalam jadual terlebih dahulu sebelum menyenaraikan isi kandungan dalam jadual.Ini membolehkan kita menentukan aras kemahiran dan kesukaran , kemudian menyusunnya secara mengufuk dalam JSU.Melalui maklumat yang diperolehi kita boleh menentukan bilangan item berdasarkan isi dan aras kemahiran, kemudian menulis bilangan soalan dalam petak berkenaan sebelum menyemak bilangan soalan dengan menjumlahkan semua soalan dalam setiap baris secara tegak dan mengufuk.
Indeks Kesukaran;
Di dalam indeks kesukaran kita haruslah menentukan soalan item sama ada sukar, sederhana atau terlalu mudah.Manakala di dalam proses membuat nilai pengiraan haruslah merujuk kepada;
IK=B .
J
Yang membawa maksud:
B :bil calon menjawab dengan betul.Manakala
J:Merujuk kepada bilangan calon menduduki peperiksaan
Jika calon ramai:
Manakala bagi calon yang ramai proses membuat nilai pengiraan haruslah merujuk kepada;
• Ik=BT+Br
J
Yang membawa maksud:
BT=jumlah pelajar menjawab betul dalam kumpulan tinggi.
Br=jumlah pelajar menjawab betul dalam kumpulan
rendah.
J=jumlah pelajar yang menduduki peperiksaan.
Langkah-langkah membina JSU
Kertas Bahasa Malaysia Pemahaman untuk tahap 2
Langkah 1:Senaraikan system bahasa dan prosa/puisi yang hendak dinilai.
Contohnya;
a)sistem bahasa, pengetahuan 30 soalan.
b)Konsas prosa, kemahiran 4 soalan dan nilai murni 1 soalan.
c)Konsas puisi,kemahiran 4 soalan dan nilai murni 1 soalan.
Jumlahnya pengetahuan 30 soalan + kemahiran 8 soalan+nilai murni 2 soalan.
Semuanya 40 soalan.
Langkah 2: Tentukan soalan yang akan dibina itu
a. soalan objektif (30 soalan)
b. konsas prosa atau konsas puisi(10 soalan) (2 petikan)
c. 2.5 markah bagi 1 item
d. masa:50 minit
d.. jumlah soalan bagi setiap topik dikira:
= Jumlah masa X Jumlah soalan
Jumlah Masa keseluruhan
Langkah 3: Tentukan model aras kesukaran item
Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom
Tiga domain: kognitif, afektif, dan psikomotor
Domain Kognitif
6. Penilaian
5. Sintesis
4. Analisis
3. Penggunaan
2. Kefahaman
1. Pengetahuan
Langkah 4: Pilih jenis ujian yang akan diuji.
Contohnya:
Ujian objektif , Ujian struktur, Ujian esei, dan lain-lain.
Langkah 5:
Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei dll). Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah – soalan sukar). Pemarkahan bagi setiap soalan yang akan diuji.
Langkah 6
Nyatakan mata pelajaran dan tingkatan. Guru membina soalan mengikut susunan nombor soalan mengikut tajuk
Dalam penilaian, JPU berperanan penting. Orang-orang yang berkaitan dengan ujian seperti calon, guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti kata sebenarnya menolak sesuatu ujian itu jika diragukan kesahannya. Justeru, data yang tercetus daripada ujian yang sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuan pemilihan, pengkelasan atau bimbingan. Gubal ujian.
JPU memberi gambaran kasar tentang perkara yang hendak diuji yang seterusnya menentukan syarat JPU:Terurtamanya ujian tidak dibina sembarangan. Menimbulkan kepentingan topik dan aras kemahiran yang diuji.Selain itu JPU juga memberi panduan dan penentu kepada penggubalan ujian.Guru juga dapat memastikan kesesuaian taburan soalan mengikut aras kemahiran
Secara rumusannya dalam pembinaan JSU kita mesti mengkaji sukatan pelajaran,menganalisis objektif pengajaran, menentukan jenis soalan dan menentukan bilangan soalan.
Interaksi 4: Soalan Objektif dan Soalan Subjektif
Bentuk-bentuk Ujian
A.Ujian Objektif
B. Ujian Subjektif
.
Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau yang paling baik. Pemeriksaan yang berlainan akan memberi markah yang sama apabila memeriksa kertas yang sama.Dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa tindakan balas yang sepura.
Ujian objektif merupakan ujian yang pendek yang melibatkan proses menandakan, membulatkan, menggariskan, mengisi tempat-tempat kosong dan lain-lain gerak balas ringkas.
Ciri-ciri Ujian Objektif
Antaranya ia memerlukan pengambil ujian membuat pilihan atau menentukan jawapan-jawapan yang telah disediakan.Dalam ujian jenis ini, banyak masa ditumpukan kepada membaca dan berfikir ini membuktikan bahawa kualiti ujian jenis ini juga bergantung kepada kemahiran dan kebolehan penubuhan bahan ujian.Disamping itu ujian ini dengan tepatnya menerangkan tugas-tugas yang diharapkan daripada pelajar-pelajar yang boleh menjadi asas nilaian pencapaian kemahiran bahasa pelajar itu.Keadilan sepenuhnya dalam permarkahan. Kesimpulannya ia haruslah dibuat dengan padat dan ringkas.

Kebaikan Ujian Objektif:
I..Mempunyai ojektif ujian tugas calon dan asas penilaian yang jelas dan tepat.
II.Tidak menggalakan penipuan.
III.Boleh di skor dengan tepat.
IV.Pemeriksaan boleh dipercayai
Kelemahan Ujian Objektif :
I..Kecendurungkan pelajar untuk meneka.
II.Tidak dapat mengukur keaslian

Antara item ujian ini termasuklah item jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz.
Item objektif dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:
1.Item Respons Bebas
a)memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan jawapan sendiri pada
ruang yang disediakan.
b)Biasanya jawapan ditulis di hujung soalan/dalam kotak yang disediakan.

i. Jenis soalan:
contoh:
a) Apakah lawan bagi perkataan kanak-kanak? ( dewasa)
b) Apakah makna simpulan bahasa makan angin? (bersiar-siar)

ii. Item Melengkapkan Penyataan
contoh:
a) Kawasan kampung itu semakin ______________ dengan wujudnya pusat
pelancongan.
b) Mangsa ragut itu__________kejadian yang berlaku kepada pihak polis.

Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan)
Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu ialah format salah-betul, padanan, dan aneka pilihan.
Item Salah - Betul
Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah (S). Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan.
Item ini juga terdiri daripada 3 bahagian,iaitu stimulus(rangsangan )jika ada, penyataan dan jawapan pilihan yang berbentuk “betul” atau “salah”.
Prinsip Pembinaan Item Salah-Betul
1. Arahan hendaklah jelas.
2. Penyataan hendaklah ditulis secara padat.
3. Jelas dan tidak berbunga-bunga supaya pelajar tidak membuang masa untuk mamahaminya.
4. Taburan jawapan betul dan salah perlu dibuat secara rawak , iaitu tidak mengikuti system tertentu untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.
5. Aras kesukarean setiap soalan perlu setara(seperti panjang dan maksud penyataan) supaya setiap soalan mempunyai aras yang sama.
6. Soalan-soalan hendaklah berasaskan kepada penyataanyang jelas betul atau yang jelas salah.
7. Elakkan daripada memberi penyataan yang betul lebih panjang daripada yang salah, untuk mengelakkan daripada pelajar meneka jawapan.
8. Elakkan daripada menggunakan perkataan “selalu” atau :tidak pernah” dalam pernyataan untuk mengelakkan daripada pelajar meneka jawapan.
9. Sediakan bilangan pernyataan yang betul hampir sama dengan bilangan pernayaan yang salah untuk mengelakkan daripada pelajar menera jawapan.



Contoh Item Dua Pilihan:
A. Tandakan sama ada Betul atau Salah ejaan bagi perkataan berikut:
a) Pahang terletak di Malaysia Timur?
betul( ) salah( )

b) Ikan paus ialah satu jenis amfibia.
betul( ) salah( )

B. Nyatakan Ya atau Tidak pada pasangan antonim yang dinyatakan.

Bulatkan jawapan pada bahagian Ya ( ) atau Tidak ( )pada pasangan antonim yang dinyatakan.
1. pantas antonim lambat. ( Ya /, Tidak)
2. haus antonim dahaga. ( Ya /, Tidak)
3. bijak antonim cerdik. ( Ya /, Tidak)

Item Padanan
Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan objek/ perkara yang berkaitan. Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek/ perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek/atau panduan di sebelah kanan.
Padankan suku kata supaya menjadi perkataan yang betul.
1. ba ma

2. ro ti

3. li ju
Item Aneka Pilihan
Item aneka pilihan adalah daripada golongan item jawapan tetap kerana diberikan tindak balas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang berikut.
a. Item aneka pilihan berbentuk soalan.
b. Pokok soalan berbentuk ayat atau tidak lengkap.
c. Jenis Jawapan Terbaik.
d. Analogi.
e. Antomin
f. Jenis Negatif.
g. Mengisi tempat Kosong.
h. Item Jenis Cantuman.
i. Teknik Kloz.
a.contoh item aneka pilihan berbentuk soalan
1. Yang manakah di antara penyataan-penyataan berikut adalah SALAH?
A. Semua benda hidup bergerak.
B. Semua benda hidup berenang.
C. Semua benda hidup bernafas.
D. Semua benda hidup berkumuh.
b. contoh item pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap.
1. Pasangan yang semuanya kata majmuk ialah
A. guru besar, hitam manis
B. acap kali, bijak pandai
C. buah tangan, budak nakal
D. rumah batu, rumah tangga
c. Jenis jawapan terbaik
Pilih ayat sama maksud dengan ayat yang diberikan.
1. Khalid telah diminta oleh rakan-rakannya menyanyi untuk mereka.
A. Khalid dan rakan-rakannya telah menyanyi untuk mereka.
B. Rakan-rakan mereka meminta kawan-kawan Khalid menyanyikannya.
C. Khalid telah meminta rakan-rakannya menyanyi untuk mereka.
D. Rakan-rakan Khalid ntelah memintanya menyanyi untuk mereka.


d . Analogi
hitam : putih
Pilih pasangan perkataan yang mempunyai kaitan dengan pasangan perkataan di atas. .
A. kain : merah
B. merah: tua
C. merah: hujau
D. merah : jambu

e. Antomin
Arahan: Tiap-tiap jawapan dimulakan dengan perkataan berhuruf besar dan diikuti oleh empat perkataan. Pilih perkataan yang berlawanan dengan perkataan berhuruf besar.
PEMARAH
I. Penyebar
II. Pengampun
III. Pendamai
IV. Peramah
A. I dan II sahaja
B. I dan IV sahaja
C. II dan III sahaja
D. III dan IV sahaja
f.Jenis Negatif
Tumpuan pelajar dipusatkan untuk mencari fakta yang salah. Pokok soalan sering mengandungi perkataan “kecuali” , “bukan”, “tidak betul” dan lain-lain.
Contoh:
1. Berikut ialah contoh perkataan berganda yang mempunyai maksud jamak kecuali
A. kuat-kuat
B. kuih-muih
C. bukit-bukau
D. kanak-kanak
g.Mengisi tempat kosong
1. Buku latihan itu telah siap _________ oleh Cikgu Malik.
A. menyemak C . penyemak
B. semakan D. disemak
h.Item Jenis Cantuman
1. contoh A: Cantuman jenis sesuai/tidak sesuai
i. Pilih perkataan berikut yang memperlihatkan makna yang ada kaitan dengan perkataan “pandai”
I. cermat
II. pintar
III. cerdik
IV.cergas
A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. II dan IV sahaja
D. III dan Iv sahaja

Contoh B: Jenis cantumam aneka pelengkap yang mempunyai urutan /sekuen.
1. Pilih urutan yang betul:
I. Kasut Amin kotor.
II. Amin menjemur kasut.
III. Amin membasuh kasut.
IV. Kasut Amin bersih.
V. Amin menyapukan kapur pada kasut.
A. I, II, III, IV dan V
B. I, III, II, V dan IV
C. II ,III, I , IV dan V.
D. III. II, I, V dan IV
i.Teknik Kloz
Teknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah . Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan sepatutnya boleh diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu. Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya. Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks.
Isikan tempat-tempat kosong dalam petikan berikut dengan perkataan-perkataan yang sesuai berdasarkan senarai.
(Rohani , sayang, sedap , 31 , dewasa , rajin, baik, pandai )
Nama ibu saya _________.Ibu saya berumur _________ tahun. Ibu saya seorang yang _________. Ibu ____________ membuat kerja rumah. Dia juga pandai memasak. Masakan ibu sangat ________.
Ibu __________ akan saya. Dia berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi orang yang _________.Saya akan membalas jasa ibu apabila saya _________.

B. Ujian Subjektif
Selalunya ujian subjektif dibuat dalam bentuk esei dan murid-murid diminta membuat huraian yang tepat dan jelas terhadap soalan-soalan yang diberi.Ujian subjektif memberi peluang kepada murid-murid terhadap gerak balas(jawapan)mereka sendiri.Selalunya ujian ini meminta calon membuktikan kefahaman terhadap soalan yang dijawab.

Ciri-ciri Ujian Subjektif
Pengambil ujian terpaksa merancang dan seterusnya menghasilkan jawapan dengan menggunakan kebolehan bahasanya sendiri. Dalam ujian subjektif, pelajar menumpukan banyak masa berfikir dan menulis.
Kualiti bentuk ujian jenis subjektif bergantung kepada kemahiran pemarkahan jawapan.Menjelaskan tugas-tugas yang diharapkan daripada pelajar yang boleh menjadi asas pencapaian kemahiran bahasa mereka.
Ia merupakan satu pernyataan bersifat pertanyaan dalam instrument pentaksiran untuk menguji pengetahuan,pengalaman ,kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan.

Jenis-jenis Ujian Subjektif
a. Item Jenis Struktur
b. Item Jenis Esei

Kebaikan Ujian Subjetif
I.Boleh dibina dengan mudah dan bilangan yang sedikit.
II.Mengurangkan tekaan jawapan.
III.Potensi mengukur keaslian

Kelemahan Ujian Subjetif
I.Nilai potensi diagnostik yang rendah.
II.Pemeriksaan kurang dipercayai.
III.Tidak boleh diskor dengan mesin dan memerlukan orang yang terlatih

Item Jenis Struktur:
1. Item-item yang disusun dan diatur secara sistematik serta berkembang untuk menjadi rangka kepada satu persoalan yang lebih besar/berkaitan dengan satu-satu tema.
2. Terbuka daripada satu/dua bahagian ,iaitu jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan.
3. Memberi panduan ,bimbingan kerangka, rangsangan dan bahan asas kepada pelajar untuk memulakan jawapan.
4. Memberi tanda isyarat yang tetap bagi tindak balas tarhadap soalan berdasarkan petunjuk markah dan ruang jawapan yang disediakan.
5. Beberapa item pendek boleh dihubungkan menjadi set item-item yang dibentuk dengan menggunakan rangsangan yang sama.
6.Item struktur sebenarnya mengandungi isi dan bentuk jawapan seseorang
calon.
7.Soalan struktur mengehadkan isi dan bentuk jawapan seseorang calon.
8 Jawapan yang diperlukan adalah pendek,iaitu satu atau dua ayat sahaja.
Contoh:
1. Nyatakan dua jenis kuih tradisional .
a.___________________________________________________________
b.___________________________________________________________
Item Jenis Esei:
1. Item yang memberi peluang kepada pelajar melakukan gerak balas dalam tulisan dengan menggunakan perkataan sendiri.
2. Gerak balas tersebut memerlukan jawapan yang meluas dan bebas dari segi mengumpul fakta, menulis fakta ,mengatur idea dan mengembleng idea-idea secara logik hingga menghasilkan jawapan yang asli.
3. Boleh mengukur peringkat kognitif yang tinggi.
4. Item ini memberi peluang kepada calon membuktikan tindak balas yang lebih kompleks.
5. Tindak balas yang diberikan itu bersifat subjektif dan hanya berbeza dari segi mutu atau merit.
6. Kebolehpercayaan pemarkahannya adalah rendah.
7. Dua jenis iaitu:
a. Item Tindak Balas Terhad(TBT)
b. Item Tindak Balas Lanjutan(TBL)
Oleh kerana kedua-dua jenis soalan jenis soalan subjektif mempunyai bentuk yang berlainan ,maka cara menggubalnya pun berlainan.
Contoh:
1. Iris adalah bahagian mata yang berwarna. Jelaskan bagaimanakah iris membantu kita untuk melihat.
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Contoh:
“Cinta Akan Negara”
Cogan kata di atas menunjukkan bahawa betapa pentingnya cintai negara. Bincangkan cara –cara untuk menanam sikap cinta akan negara dalam kalangan pelajar.


B. Ujian Subjektif
Selalunya ujian subjektif dibuat dalam bentuk esei dan murid-murid diminta membuat huraian yang tepat dan jelas terhadap soalan-soalan yang diberi.Ujian subjektif memberi peluang kepada murid-murid terhadap gerak balas(jawapan)mereka sendiri.Selalunya ujian ini meminta calon membuktikan kefahaman terhadap soalan yang dijawab.

Ciri-ciri Ujian Subjektif
Pengambil ujian terpaksa merancang dan seterusnya menghasilkan jawapan dengan menggunakan kebolehan bahasanya sendiri. Dalam ujian subjektif, pelajar menumpukan banyak masa berfikir dan menulis.
Kualiti bentuk ujian jenis subjektif bergantung kepada kemahiran pemarkahan jawapan.Menjelaskan tugas-tugas yang diharapkan daripada pelajar yang boleh menjadi asas pencapaian kemahiran bahasa mereka.
Jenis-jenis Ujian Subjektif
a)Jenis gerak balas terhad
b)Jenis gerak balas lanjutan

Kebaikan Ujian Subjetif:
I.Boleh dibina dengan mudah dan bilangan yang sedikit.
II.Mengurangkan tekaan jawapan.
III.Potensi mengukur keaslian
Kelemahan Ujian Subjetif:
I.Nilai potensi diagnostik yang rendah.
II.Pemeriksaan kurang dipercayai.
III.Tidak boleh diskor dengan mesin dan memerlukan orang yang terlatih

Soalan Subjektif
Satu pernyataan bersifat pertanyaan dalam instrument pentaksiran untuk menguji pengetahuan,pengalaman ,kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan.
Soalan jenis subjektif terbahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut:-
Item Jenis Struktur atau Item Jenis Esei
Item Jenis Struktur:
1..Item-item yang disusun dan diatur secara sistematik serta berkembang untuk menjadi rangka kepada satu persoalan yang lebih besar/berkaitan dengan satu-satu tema.
2.Terbuka daripada satu/dua bahagian ,iaitu jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan.
3.Memberi panduan ,bimbingan kerangka, rangsangan dan bahan asas kepada pelajar untuk memulakan jawapan.
4.Memberi tanda isyarat yang tetap bagi bertindak balas tarhadap soalan berdasarkan petunjuk markah dan ruang jawapan yang disediakan.
5.Beberapa item pendek boleh dihubungkan menjadi set item-item yang dibentuk dengan menggunakan rangsangan yang sama.
6.Item struktur sebenarnya mengandungi isi dan bentuk jawapan seseorang calon.
7.Soalan struktur mengehadkan isi danbentuk jawapan seseorang calon.
8. Jawapan yang diperlukan adalah pendek,iaitu satu atau dua ayat sahaja.
Contoh:
1.Nyatakan dua jenis kuih tradisional .
a.___________________________________________________________
b.___________________________________________________________
Item Jenis Esei:
1.Item yang memberi peluang kepada pelajar melakukan gerak balas dalam tulisan dengan menggunakan perkataan sendiri.
2.Gerak balas tersebut memerlukan jawapan yang meluas dan bebas dari segi mengumpul fakta, menulis fakta ,mengatur idea dan mengembleng idea-idea secara logic hingga menghasilkan jawapan yang asli.
3.Boleh mengukur peringkat kognitif yang tinggi.
4.Item ini memeberi peluang kepada calon membuktikan tindak balas yang lebih kompleks.
5.Tindak balas yang diberikan itu bersifat subjektif dan hanya berbeza dari segi mutu atau merit.
6.Kebolehpercayaan pemerkahannya adalah rendah.
7.Dua jenis iaitu:
c. Item Tindak Balas Terhad(TBT)
d. Item Tindak Balas Lanjutan(TBL)
Oleh kerana kedua-dua jenis soalan jenis soalan subjektif mempunyai bentuk yang berlainan ,maka cara menggubalnya pun berlainan.

Contoh:
1.Iris adalah bahagian mata yang berwarna. Jelaskan bagaimanakah iris membentu kita untuk melihat.
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Contoh:
“Cinta Akan Negara”
Cogan kata di atas menunjukkan bahawa betapa pentingnya cintai negara. Bincangkan cara –cara untuk menanam sikap cinta akan negara dalam kalangan pelajar.
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Interaksi 5: Jenis-jenis Ujian Bahasa:
a.Ujian Formatif
b.Ujian Sematif
c.Ujian kefasihan
d.Ujian kemajuan
e.Ujian Bakat
f. Ujian Pencapaian
a)Ujian Formatif
Ujian formatif adalah Pencapaian bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu unit kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya ujian ini dijalankan berasakan sesuatu kemahiran atau subkemahiran ataupun sesuatu aspek bahasa yang telah diajar dalam jangka masa yang pendek seperti mingguan atau bulanan. Ini bertujuan untuk menguji kemajuan murid dalam penguasaan sesuatu subkamahiran bahasa.
Prosedur Ujian Formatif
Berlandaskan produser ujian formatif guru haruslah menentukan tajuk pengajaran terlebih dahulu untuk menentukan aspek penguasaan dalam menghubungkait elemen-elemen dalam tajuk sebelum membina soalan ujian untuk menentukan tahap pembelajaran pelajar seterusnya guru dapat mencadangkan tindakan susulan.

b)Ujian Sumatif
Ujian Sumatif ialah proses yang melibatkan bahan atau alat ujian yang dibina untuk menguji pencapaian murid dalam beberapa aspek kemahiran dari segi bahasa atau beberapa unit pembelajaran yang telah diajar secara jangka masa yang panjang,umpamanya dalam tempoh satu penggal, tengah tahun dan segenap satu tahun persekolahan. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk ujian sumatif itu berasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran aspek bahasa ini bertujuan untuk mengesan pencapaian murid dalam kelas atau membuat perbandingan pencapaian murid-murid di antara kelas. Ia dijalankan secara formal dalam bentuk peperiksaan pada pertengahan dan akhir tahun persekolahan.Manakala Kemahiran bahasa yang diuji adalah banyak dan meyeluruh seperti lisan, bacaan dan penulisan.Disamping itu juga ia meliputi peperiksaan awam seperti UPSR,PKBS, PMR, SPM dan STPM. Keputusan peperiksaan awam ini akan digunakan untuk menggredkan pelajar-pelajar mengikut peringkat pencapaian dalam sutu tahap persekolahan serta menentukan taraf pensijilan.
Prosuder Ujian Sumatif
Manakala bagi prosuder ujian sumatif pula guru dikehendaki untuk membentuk satu jadual penentu ujian.Disamping itu guru dikehendaki untuk membina soalan serta mengumpul soalan secara sistematik.Ini bertujuan untuk menguji soalan melalui kajian rintis.Kemudian menyiapkan skema pemarkahan.
Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif ialah segi fungsi, masa, penekanan, sifat ,kesukaran alat dan jenis ujian.
Ujian formatif
1. Fungsi sebagai maklum balas kepada pelajar dan guru tentang kemajuan dan
kelemahan.
2. Masa dilaksanakan pada sepanjang pengajaran.
3 .Penekanan kepada kognitif,psikomotor dan afektif .
4 .Sifat ujian ini adalah terhad kepada tugasan.
5 .Aras kesukarannya berubah-ubah.
6. Alat ujian merupakan alat yang dibentuk khas.
7. Jenis ujian adalah rujukan kriteria.
Ujian Sumatif:
1. Fungsi memberi pensijilan dan penggredan.
2. Masa dilaksanakan pada akhir unit atau kursus.
3. Penekanan kepada kognitif sahaja..
4. Sifat ujian ini adalah beraneka jenis..
5 .Aras kesukarannya daripada senang kepada susah.
6. Alat ujian merupakan peperiksaan akhit tahun.
7. Jenis ujian ialah rujukan normal.

Ujian Kefasihan
Ujian ini bertujuan untuk menentukan setakat mana seseorang itu mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.Ujian ini dijalankan dengan kaedah tidak berdasarkan sesuatu kandungan atau isi pelajaran, sebaliknya ia menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajari.Secara umum, ia digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka.(sama ada mereka masuk dalam kumpulan peringkat awal, peringkat pertengahan ,peringkat tinggi dan sebagainya.)Inipula bertujuan mengukur dan menilai setakat mana pelajar –pelajar telah menguasai bahan atau perkara-perkara yang diajar tentang satu-satu tajuk tertentu.Ujian ini berasaskan rancangan pelajaran yang telah diikuti oleh pelajar. Hasil daripada kemajuan membolehkan guru mengetahui dengan lebih jelas tentang kemajuan setiap pelajar dan juga kemajuan darjahnya secara keseluruhnya.
Ujian kefasihan dinilai dari segi:
1. Sebutan/ucapan---Pemyebutan dan pengucapan dengan betul dan terang.
2. Kadar kelajuan---Kadar kelajuan bacaan sesuai dengan bahan yang dibaca.
3. Intonasi/nada---Intonasi dan nada yang betul.
4. Ungkapan---Pemilihan ungkapan yang betul.
5. Mimik muka---Mimik muka yang jelas sesuai untuk membayangkan sesuatu maksud dengan jelas.
6. Posisi badan ---posisi badan yang betul.
7. Kedudukan buku---kedudukan buku yang betul.
8. Pergerakan mata---mata pembacayang lemah akan berhenti untuk penyerapkan perkataan.
9. Fasih ---pembaca yang fasih boleh mengenal pasti struktur ayat-ayat dan mampu memecahkan ayat yang panjang menjadi bahagian-bahagian kecil.
10. Perbuatan menunjuk ---Perbuatan menunjuk ketika membaca boleh mengganggukan kefasihan.

Ujian Kemajuan:
Setiap ujian kemajuan yang digunakan di dalam bilik darjah adalah khusus bagi sesuatu darjah dan hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja.
Setiap ujian kemajuan harus berasakan objektif pengajaran,program pembelajaran yang telah diikuti oleh pelajar dan pengetahuan yang ingin diuji. Selain itu ia juga berasaskan rancangan pelajaran yang telah diikuti oleh pelajar.
Ujian Kemajuan bertujuan mengukur dan bernilai setakat mana pelajar –pelajar telah menguasai bahan atau perkara-perkara yang diajar tentang satu-satu tajuk tertentu.
Hasil daripada kemajuan membolehkan guru mengetahui dengan lebih jelas tentang kemajuan setiap pelajar dan juga kemajuan darjahnya secara keseluruhnya.

Uji Bakat
Uji bakat dijalankan bertujuan mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing sama ada khusus pada satu-satu bahasa atau secara keseluruhan.D isamping itu ujian ini adalah khusus untuk menelaah dan mencungkil potensi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajari.Uji bakat ini selalunya melibatkan data –data bahasa yang “artificial” mengandungi pelbagai unsur bahasa seperti fonetif,tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya.Oleh itu calon diminta melakukan pelbagai aktiviti bahasa.Manakala hasil ujian direkod dan dianalisis untuk membantu guru memahami masalah pelajar dan mengenalpasti pelajar yang berbakat untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat
Ujian Kemajuan ini terbahagi kepada 2 kumpulan:

a)Uji Bakat
Uji bakat ini lebih kepada bidang mekanikal seperti Minnesota apatial Relation Test,Minnesota paper From.

b)Ujian menentukan sesuatu keperluan
Ujian ini amat sesuai dijalankan dalam bidang bahasa.

Manakala tiap-tiap ujian yang digunakan bagi meramalkan sesuatu itu dapat diterima sebagai ujian bakat.Lazimnya, ujian bakat merupakan satu ujian yang khusus untuk menelaah prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajari. Kemahiran berbahasa yang diuji dalam ujian bakat,iaitu kemahiran mendengar, bertutur,membaca dan menulis. Menjadi perkara utama dalam pendidikan bahasa.
Ujian Pencapaian
Ujian pencapaian atau Achievement Teks bertujuan untuk menentukan setakat manakah pelajar telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah diajar kepada mereka.Bagi soalan-soalan yang dikemukakan mestilah berkaitan dengan isi pelajaran yang telah diajar sahaja.Ujian pencapaian ini boleh dijalankan pada akhir kursus ataupun setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran atau mengikut penggal atau semester persekolahan.Oleh yang demikian ujian ini berbeza daripada ujian kemajuan. Ujian pencapaian secara lebih menyeluruh ,seperti ujian atau peperiksaan akhir tahun dan penggal.. Ujian pencapaian dijalankan secara lebih menyeluruh ,seperti ujian atau peperiksaan akhir tahun dan penggal persekolahan ,UPSR, PMR dan SPM.Ujian ini merupakan peperiksaan untuk menentukan penempatan jenis sekolah dan jurusan pelajar. Pembentukan ujian itu berasaskan sukatan pelajaran rasmi yang telah ditetapkan oleh kerajaan.





Interaksi 6: Kaedah Penilaian Bahasa
Kaedah Penilaian Bahasa
Kaedah penilaian bahasa merupakan salah satu cara penilaian yang perlu mengambil kira keperluan individu dan kepelbagaian cara(multiple ways of delivery)supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira.Manakala implikasi penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan.Disamping itu juga pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang akan dibimbing,diberi ruang dan peluang untuk memperkembangkan potensinya.Disamping itu bagi pelajar yang lemah pula akan dibimbing dalam program pemulihan supaya dapat memperbaiki prestasinya.
Pengenalan Tentang Portfolio:
Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama.
Ciri-ciri Portfolio:
Ciri-ciri khusus yang terkandung dalam portfolio berbentuk dokumentasi berstruktur yang memerlukan perancangan,pelaksanaan dan penilaian yang teliti.Sehubungan itu proses pembelajaran melalui portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta awal hingga akhir.Terdapat fleksibiti dalam portfolio melalui “negotiated”kontrak seperti masa,strategi atau bentuk.Kaedah ini juga menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama,bantuan dan sumbangan daripada semua pihak.Selain itu kandungan portfolio terdiri daripada maklumat yang disusun secara urutan dan mengikut logik.Portfolio juga bersifat reflektif yang diransangkan melalui soalan-soalan.
Penilaian Portfolio :
Penilaian portfolio berbentuk lebih terbuka(broadbased)dan seimbang. Merupakan bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.
Berfokus kepada proses dan tidak memberatkan hasil. Membolehkan belajar dan menilai diri sendiri.
Melalui kaedah penilaian tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pembelajaran pelajar yang boleh dinilai bersama bukti-bukti lain pembelajaran seperti hasil temu bual dan jawapan soalan tentang perkara-perkara yang tidak boleh diberi markah(non markable).
Pelajar yang prestasi cemerlang dibimbing, diberi ruang dan peluang untuk perkembangan potensinya. Pelajar lemah dibimbing dalam program pemulihan supaya dapat memperbaiki prestasinya. Di dalam penilain portfolio ini juga terkandung beberapa proses penilaian yang perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut criteria yang dipersetujui bersama.


Di dalam portfolio terkandung beberapa perkara dan persoalan yang harus diambil kira
Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina
Antara jenis-jenis portfolio yang boleh dibina adalah seperti berikut:
a)Portfolio Kerja Harian/Working Portfolio
b)Portfolio Hasil Terbaik/Show Portfolio
c)Portfolio Dokumen/Documentary Prtfolio

1. Portfolio Kerja Harian
Di dalam portfolio kerja harian terkandung bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu waktu yang ditetapkan.
Contoh: Soalan latihan atau tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh guru dalam kelas.
2.Portfolio Hasil Terbaik
Bagi mendapatkan hasil yang terbaik portfolio haruslah dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian.Ini berbentuk sumatif.
Contoh: Soalan -soalan latihan yang telah dijawab dengan baik dan lengkap dikumpul dalam pertfolio harian.

3.Portfolio Dokumen
Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpulkan bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan portfolio kerja harian.

Contoh:Satu karangan hasil daripada pengumpulan maklumat-maklumat tertentu.


Kegunaan Portfolio
Ini membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk menghasilkan penilaian holistic.Di samping Dapat mengekalkan galakan murid-murid untuk mengawal dan memantau perkembangan kendiri,menentukan matlamat dan berasa bangga dengan hasil pencapaiannya.
Selain itu ia juga membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan pembelajaranpelajar dari segi kemahiran-kemahiran,pengetahuan dan kefahaman.Selain itu ia dapat mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian,nota anekdot ,rekod pelaksanaan tugasan dan kadar pencapaian hasil pelajar.Di samping itu membolehkan penilaian dalam bidang afektif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkah laku,penglibatan dalam kelas,inisiatif,kerjasama,ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.

Perancangan
Terdapat beberapa perkara penting sebelum membuat portfolio:
1) Soalan-soalan untuk menentukan tujuan dan seterusnya jenis portfolio.
2) Isi kandungan portfolio
3) Siapakah yang memilih isi kandungan,bahan dan sumber portfolio dan bagaimana?
4) Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian sama ada secara kesuluruhan,kumpulan atau individu termasuklah criteria yang diguna pakai untuk menilai portfolio.

Cara membina Portfolio

Cara portfolio dinilai adalah berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokus kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran,pengetahuan dan kefahaman.Selain itu peta perkembangan pelajar boleh digunakan kerana peta ini memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh sejak awal pembinaan portfolio sehinggalah tugasan tersebut selesai.
Terbahagikan kepada 3 beringkat untuk membina portfolio:
1. Menentukan tujuan portfolio :
Guru mesti mengenalpasti apa tujuan membina portfolio. Kemudian instrument yang ada pada penilaian portfolio. Membuat refleksi /menyemak huraian tujuan adakah selaras dengan objektif dalam sesuatu pembelajaran.
2. Menentukan isi portfolio:
Guru mesti menghuraikan jenis/altiviti pembelajaran. Membuat refleksi /menyemak huraian bukti/sumber pembelajaran dengan menggunakan peta perkembangan pembelajaran murid-murid dalam sesuatu bidang pembelajaran.Memastikan isi portfolio jelas dan mudah difahami serta tidak memihak kepasa sesuatu kumpulan atau jantina. Akhirnya guru mesti menyemak huraian fokus dan kriteria penilaian mengikut tujuan portfolio, peta perkembangan pembelajaran murid-murid dalam sesuatu bidang.
3. Menentukan kaedah membuat anggaran dan laporan tentang lokasi pencapaian murid-murid di peta perkambangan pembelajaran murid-murid:
Menghuraikan kaedah membuat anggaran dan laporan tentang lokasi pencapaian murid-murid dip eta perkembangan pembelajaran pelajar. Guru membuat refleksi tentang anggaran dan laporan mengikut tujuan dan kumpulan sasaran.


Cara Menilai Portfolio:
Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan murid-murid dalan aspek kewmahiran, pengetahuan dan kefahaman.
Contoh peta perkembangan pembelajaran murid-murid:
1. Permulaan mengenal huruf.
2. Menyebut bunyi huruf.
3. Membentuk suku kata.
4. Mencantum suku kata dengan bimbingan guru.
5. Berdikari mengeja perkataan-perkataan.
Guru menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti. Guru mesti membuat laporan secara huraian atau grafik untuk member matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang murid dengan murid lain sahaja.
Merekod Penilaian Portfolio:
1. Menggunakan skala-skala tertentu.
2. Menggunakan kaedah senarai semak.
Senarai semak portfolio-Penilaian peringkat perancangan:
1. Peringkat perkambangan/proses.
2. Peringkat penilaian.
3. Peringkat refleksi/penutup.
4. Sikap interaksi dan penglibatan.
Kaedah Penilaian Bahasa Melalui Pemerhatian:
Pengenalan Penilaian Pemerhatian:

Dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan untuk membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Penilaian pemerhatian ini meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.Ia juga melibatkan foktor-foktor bahan dan persekitaran.
Penilaian pemerhatian boleh dilaksanakan dengan menggunakan senarai semak,rekod anekdot dan rekod profil dan rekod profil. Melalui peoses ini boleh membantu guru dan murid-murid membuat refleksi masing-masing.

Proses penilaian di dalam bilik darjah:
1. Pemerhatian antara guru dengan pelajar atau pelajar dengan guru.
2. Guru juga membuat pemerhatian terhadap keberkesanan bahan dan komunikasi pelajar dengan bahan /pelbagai situasi atau persekitaran.

Perkara yang perlu diambil perhatian semasa proses pemerhatian:
1. Kualiti pemerhatian
2. Bentuk pemerhatian
3. Merekod penilaian pemerhatian
4. Jenis-jenis pemerhatian
5. Strategi pelaksanaan
6. Fungsi penilaian melalui pemerhatian
Kualiti Pemerhatian:
Guru perlu mempunyai sifat-sifat berikut:
1. Berpengrtahuan yang mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin terhadap persekitarannya.

2. Peka terhadap perubahan yang berkaitan denga bahan dan pembelajaran.
3. Yakin denga rumusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.
4. Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu pemerhatian.
5. Bersikap terbuka terhadap dapatan pemerhatian.
6. Tekal dan stabil dalam penilaian.


Bentuk Perancangan:
1. Perancangan harus rapi dengan penyataan yang jelas tentang ujian pemerhatian yang bakal diljalankan .
2. Mengenal pasti aspek yang hendak dinilai dan kumpulan /individu sasaran yang dinilai.
3. Menetapkan jangka waktu proses jangka panjang (mengikut keperluan)
4. Menyediakan alat yang relevan dan menentukan bagaimana mentadbirnya.
5. Merangka tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian.
Rekod Pemerhatian:
Rekod pemerehatian yang perlu menggambarkan perubahan timgkah laku yang tersusun dari segi:
a) Pendekatan: Kaedah individu atau berkumpulan mendekati sesuatu masalah yang dihadapi semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas.

b) Menjalan tugas: Cara individu mengendalikan tugasnya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengam tepat.

c) Cara perekodkan dapatan dan rumusan: dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.

d) Tindak susulan: rekod pemerhatian hendaklah juga menjelaskan tindak susulan yang akan dilaksanakan mengikut hasil yang dicapai.

Jenis-jenis Pemerhatian
Pemerhatian boleh dijeniskan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai/diperhati, iaitu:
a) Memerhati sesuatu perklakuan tanpa membuat taqfsiran dan tanggapan. Contohnya:melapor apa yang dilihat sahaja.
b) Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara berfikiran terbuka.
Contoh: menilai kemahiran, pemgetahuan dan perlakuan.
c) Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang .Jangka waktu yang berperingkat.

Strategi Pelaksanaan:
Pemerhatian boleh dilaksanakan mengikut berbagai-bagai strategi, antaranya ialah:
1. Secara berterusan mengikut ke[perluan yang telah dikenalpasti/dirancang.
2. Menggunakan senarai semak.
3. Pemerhatian boleh dilaksanakan secar global atau analitikal.
4. Proses merekod dan menganalisis boleh dibuat dengan menggunakan pensel/kertas atau berkomputer.
5. Tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian.
6. Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan.
7. Maklumat bals diperilehi daripada guru dan pelajar.
8. Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.

Fungsi penilaian melalui pemerhatian:
1. Digunakan oleh guru untuk mengikuti perkembangan individu/kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran.
2. Murid-murid dapat menilai tahap pencapaian sendiri dan rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran.
3. Dilaksanakan oleh murid-murid untuk menjalankan sesuatu projek.
4. Membolehkan guru/murid-murid menyusun tindak susul yang sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya.
5. Membantu guru mengetahui sejauh mana minat murid-murid terhadap pelajaran yang diajarkan dan apakah yang mendorong dan menolak minat mereka.
Menggunakan Rekod Anekdot :
1.Kecekapan lingustik /bahasa:keupayaan mengguna bahasa untuk memperolehi ,menanbat hati, meyakinkan, meransang atau menyimpankan maklumat.
2.Keupayaan memanipulasi objek atau symbol unrtuk meneroka corak,kategori dan berkaitan kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan terancang.
3. kecekapann muzik: keupayaan menghayati , membuat persembahan atau mencipta muzik.
4. kecekapan “bodily-kinaesthetic”: berkemahiran dalam sukan, seni lakon atau seni lukis dan kraftangan.
5. kecekapan intrapersonal:keupayaan memahami perasaan ,impian dan idea sendiri.
6. kecekapan interpersonal: keupayaan memahami dan bergaul dengan orang lain.





Interaksi 7: Kaedah Penilaian Bahasa
A. Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran.
B. Penilaian Melalui Soal Jawab.

Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran
Konsep:
Kontrak Pembelajaran juga dikenali sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan persetujuan atau kontrak yang dibuat abtara guru dengan murid-muridnya secara individu atau kumpulan berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis.
Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan kriteria/syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Persetujuan meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan tugasan seperti berikut:
1. Bentuk akhir tugasan dihasilkan.(Tahap manakah tugasan itu perlu disiapkan?)
2. Bagaimanakah tugasan itu perlu siapkan?(Adakah secara individu atau berkumpulan?)
3. Jika berkumpulan ,bagaimanakah input yang diharapkan daripada setiap individu yang terlibat?
4. Berapa lama dan bila tugasan perlu disiapkan?
5. Konsekuen yang akan diterima oleh pihak yang gagal memenuhi/ mematuhi kontrak tersebut.
Contohnya: penolakan jumlah markah tertentu akan dibuat sekiranya diadapati ada individu di dalam sesuatu kumpulan tidak member I kerjasama kepada kumpulannya.
Fungsi Kontrak Pembelajaran:
Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang berasakan tahap keupayaan kendiri untuk membolehkannya.
1.Murid-murid mengenal pasti dan merekod tentang objektif dan matlamat pembelajaran kendiri , kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat, jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya, bukti yang boleh menunjukkan sesuatu objektif tercapai dan bagaimanakah dan pada tahap mana hasil pembelajaran akan dinilai.
2. Memberi perluang kepada murid-murid menentukan pembelajaran masing-masing mengikut minat dan keupayaan sendiri.
3. Membolehkan murid-murid menghasilkan kerja yang terancang.
4.membantu murid-murid membuat refleksi sepanjang proses tugasannya bukan sajaha pada akhir tugasan tetapi juga pada awal tugasan.
Bagaimanakah Kontrak pembelajaran Digunakan?
Kontrak pembelajaran digunakan dengan pelbagai cara mengikut tahap penglibatan murid-murid dalam menentukan objektif ,kaedah, dan penilaian tugasan yang berkenaan. Contohnya:
1. Penilaian objektif tugasan:
Objektif tugasan ditentuka n oleh guru sementara murid-murid menetapkan strategi perlaksanaannya. Biasanya beberapa set objektif tugasan disarankan oleh guru, murid-murid hanya memilih mana-mana yang difikirkan paling sesuai. Murid-murid merangka beberapa objektif , kemudian pilih mana-mana yang paling sesuai dengan persetujuan guru.
2. Hasil pembelajaran:
Murid-murid yang berkenaan bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran bentuk tugasan nya sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian,rencana dan lain-lain. Jenis atau bentuk hasil pembejaran adalah ditentukan oleh guru.

3. Penilaian:
Dalam kontrak , murid-murid menyatakan gred akademik yang diharapkan dan system penggredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan yang berkenaan; atau
Sistem penggredan dan kaedah penilaian keseluruhan proses dan hasilan tugasan ditentukan oleh guru; atau
Gred akhir boleh dibincang,dan dipersetujui antara guru dan murid-murid berdasarkan kriteria yag ditentukan ; atau
Penilaian dibuat individu berkenaan atau rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaannya. Guru juga member kata-kata putus terhadap gred akhirnya mendapat persetujuan ketiga-tiga pihak yang terbabit atau ditetapkan oleh guru sahaja.
Format/Bentuk kontrak:
Kontrak pembelajaran dibuat dalam pelbagai bentuk mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat.
a)Kontrak boleh dibuat secara formal, di mana prosedurnya dinyatakan dengan jelas dan rapi.(selepas dipersetujuan bersama-sama oleh semua pihak yang terlibat dalam penghasilan penilaiannya)
b)Kontrak pembelajaran juga boleh dibuat secara tidak formal tetapi terancang dan jelas.
1. Penilaian selalunya berpusatkan murid-murid
Sementara penggredan perlu dikawal oleh guru agar kesahannya tidak terjejas.
2.Senarai semak bagi butiran yang hendak dinilai dan cara penggredan dibuat perlu juga dilampirkan. Senarai semak ini mesti disusun bersama-sama penghasilan dan penilaian tugasan,ataupun ditetapkan oleh guru dan dibentangkan kepada murid-murid semasa membuat “negotiatrion”sebelum mematerikan kontrak tersebut.
3.Format senarai semak boleh dibuat mengikut keperluan kursus,tugasan danpersetujuan bersama oleh semua pihak yang terlibat.
4.Untuk membuat kontrak pembelajaran terlebih dahulu peserta akan menentukan matlamat yang akan dicapainya pada akhir kerja atau tugasan yang berkenaan. Kemudian dia akan memastikan kaedah dan prosedur serta jangka waktu yang akan diambil olehnya pada tahap tugasan/ porojek/kerja tersebut. Kesemua rancangan ini akan dirakamkan dalam bentuk kontrak pembelajaran yang ditandatangani sendiri. Kontrak ini akan menjadi dokumen yang akan mengingatkannya tentang objektif/tujuan karjanya,tahap kerja yang telah disempurnakan di samping memberi maklumat tentang apa yang perlu dibuatnya. Contoh Format Kontrak pembelajaran Individu:
Mata Pelajaran :
Nama :
Tahun/Tingkatan :
Hasil Pembelajaran :
1. Peringkat:
2. Apa yang saya ingin capai pada peringkat ini:
3. Bagaimanakah saya akan melaksanakan peringkat ini:
4. Bagaimanakah penilaian pada peringkat ini dibuat:
5. Catatat;

Tandatangan kendiri:
____________________________
Nama: Tarikh:

Tandatangan rakan sebaya:
____________________________
Nama: Tarikh:

Tandatangan guru:
____________________________
Nama: Tarikh:

B.Penilaian Melalui Soal Jawab:
Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Kebaikan menggunakan teknik ini dalam dapat melahirkan interaksi antara guru dan murid-murid secara berkesan. Ia dapat menjadikan teras kepada penmbinaan konsep-konsep ,kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan,penglibatan dan percaya diri dalam kalangan murid-murid.
1. Bermaksud seorang guru akan dapat menilai murid-muridnya malaui soal jawab yang diklaksanakan di dalam kelas.
2. Sesi soal jawab yang dilaksanakan selepas sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran bertujuan untukn mengetahui sejauh manakah kefahaman murid tentang pelajaran yang telah diajar.
3. Melalui soal jawab juga membolehkan guru mengetahui kelemahan murid dalam sesuatu topic/tajuk pelajaran.
4. Kemudian guru akan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut.
5. Jika ada di antara murid yang tidak faham tentang topic yang diajar,proses pembelajaran akan diulang semula.Guru akan mengajar murid yang lemah itu dengan menggunakan kaedah yang lebih mudah lagi.
6. Tujuannya supaya murid itu memahami serta mengikuti segala topic yang sedang diajar itu.
Cara-cara Pelaksanaan:
1. Guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajarandan murid –murid member tindak balas yang sewajarnya.
2. Teknik soal jawab memerlukan murid-murid berfikir , dapat menguji dan menilai apa yang diajar.
3. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal.




Interaksi 8: Kaedah Penilaian Bahasa
A. Penilaian Melalui Projek
B. Penilaian Melalui Kertas Kerja


A. Penilaian Melalui Projek
Projek adalah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan aktiviti pengumpulan serta analisis data dan penyediaan satu laporan. Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud tugasan yang dilakukan secara amali. Ia boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka masa yang munasabah.
Projek membolehkan pelajar mengintegrasikan pengetahuan serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan tugasan. Penilaian sama ada penilaian guru, kendiri atau rakan sebaya dijalankan pada setiap tahap proses iaitu dari tahap projek mula dirancang sehinggalah ke tahap hasil disiapkan.
Instrumen yang digunakan boleh berbentuk kontrak , rubrik, senarai semak, sekala kadar dan lain-lain Projek dibuat berdasarkan penguasaan pengetahuan, kebolehan berfikir secara reflektif dan berketrampilan tentang sesuatu perkara mengikut bidang masing-masing.
Ciri-ciri Penilaian Projek:
1. Projek/tugasan mempunyai pelbagai reka bentuk iaitu bentuk lisan, visual, dan kinestetik.
2. Ia menggunakan jangka masa yang panjang.
3. Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.
4. Murid-murid dibenarkan untuk membina penyelesaiaan alternatif.Tiada didapati satu jawapan yang benar.
5. Murid-murid dikehendaki melibatkan diri sacara aktif sama ada memyediakan projek atau dalam kumpulan koperatif.
6. Murid-murid boleh menjalankan projek secara individu atau berpasukan.
7. Sintesis pengetahuanyang dikumpul dan menilai pembelajaran.
8. Peluang menilai murid-murid dalam kreativiti, kemahiran merancang, integrasi pengetahuan, kebolehan membuat tugasan bersama orang lain.
9. Murid-murid menunjukkkan kebolehan mengkaji atau membentuk sesuatu.
10. Murid-murid melaksanakan dan menghasilkan sesuatu.
11. Murid-murid mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.
12. Murid-murid melakukan aktiviti bermakna.


Tujuan
Sebagai satu aktiviti pembelajaran, projek membawa tujuan berikut:
1. Menggalakkan murid-murid bekerjasama dan menerima tanggungjawabnya.
2. Memberi kebebasan kepada murid-murid untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi.
3. Memberi peluang menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah.
4. Memotivasikan murid-murid untuk belajar.
5. Memberi peluang pelajar memainkan peranan sebagai pemimpin
6. Membenarkan pelajar menentukan peranan
7. Membolehkan pelajar yang mempunyai minat dan kebolehan yang sama
bekerja dalam satu kumpulan mengikut kadar yang sesuai dengan
kemampuannya
8. Membantu murid-murid mengesan bidang kelebihannya dan menggunakan kelebihan ini sebaik mungkin.
Jenis-jenis Penilaian Projek:
1. Latihan atau soalan “open-ended” untuk murid-murid meneroka secara lisan atau bertulis.(main peranan)
2. Extended tasks assignment seperti menulis puisi,melaksanakan dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model.
3. Portfolio seperti koleksi tugasan berdasarkan prestasi.
4. Tugasan prestasi seperti drama,lakonan,persembahan , poster atau model.
Langkah-langkah Penilaian Melalui Projek;
Langkah 1:Menentukan tajuk dan skop Projek

Langkah 2: Menjalankan penilaian awal projek

Langkah 3 : Melaksanakan strategi

Langkah 4 : Memproses Maklumat

Langkah 5 : Menilai Hasil Projek

Interaks 9: Penilaian Kemahiran Bahasa
A. Penilaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur.
B. Penilaian Kemahiran Membaca.
C. Penilaian Kemahiran Menulis.

A. Penilaian Mendengar dan Bertutur.
Menurut J. Floyd(1985) mendapati kajian kecekapan mendengar penting dan perlu diajar bersama 3 kemahiran lain.
Berikut merupakan peratus kemahiran bahasa yang dikaji oleh J. Floyd.
Kemahiran Mendengar----42%
Kemahiran Bertutur----32%
Kemahiran Membaca----15%
Kemahiran Menulis----11%
Kemahiran Mendengar:
Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang diperolehi secara semulajadi oleh penutur sesuatu bahasa. Kemahiran mendengar berlaku pada peringkat penerima. Tetapi kemahiran ini diabaikan dalam pengajaran bahasa. Sebenarnya kemahiran ini perlu diajar secara sistematis supaya pelajar akan berkebolehan mendengar dan menguasai kecekapan bahasa dengan berkesan.
Penilaian Kemahiran Mendengar:
1. Tahap kebolehan murid-murid memahami maksud yang didengar dalam teks yang dirakamkan.
2. Terdiri daripada pelbagai jenis laras seperti laporan,ucapan, syarahan,perbincangan dan perbahasan.
3. Kecekapan berbahasa murid dapat dinilai melalui kemahiran mendengar seperti berikut:
a. Petikan Laporan. Berdasarkan petikan teks yang mengandungi satu peristiwa dan disampaikan oleh gaya bahasa laporan yang ringkas dan tepat.
b. Petikan Ucapan. Membuat rakaman berdasarkan teks yang mengandungi satu peristiwa dan disampaikan dalam gaya ucapan yang menggunakan bahasa, intonasi dan sebutan yang betul.
c. Petikan Syarahan. Teks yang mempunyai tajuk tertentu disampaikan dengan menggunakan bahasa ,intonasi, gaya dan suara yang menarik.
d. Petikan Perbincangan. Rakaman berdasarkan petikan teks yang mengandungi buah fikiran dalam situasi bilik darjah antara guru dengan murid-murid yang mengandungi isi dan idea yang jelas, tepat dan teratur.
e. Petikan Berbahasan. Rakaman berdasarkan petikan teks yang mengandungi buah fikiran dalam suatu perbahasan dengan menggunakan perbendeharaan kata dan susunan kata yang sesuai , gaya dan suara yang baik.

Kemahiran Bertutur:
Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid-murid menyampaikan maklumat ,pendapat ,perasaan serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.
Ia merupakan satu kemahiran semulajadi pada peringkat penglahiran. Satu kemahiran yang perlu ditiru dan diajuk. Melafazkan bunyi bahasa daripada alat-alat artikulasi untuk berkomunikasi antara manusia.

Penilaian Kemahiran Bertutur:
Penilaian kemahiran bertutur dinilai dari segi sebutan ,tekanan,jeda, intonasi tatabahasa, kelancaran dan kefasihan.
1. Sebutan. Kecekapan berbahasa murid-murid jelas apabila pelajar mahir mengenal huruf dan bunyi setiap abjad ,suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat.Selain melatih murid-murid menyebut dengan tepat, mereka juga perlu bertutur dengan betul mengikut bunyi,ejaan dan makna. Biasanya kesalahan menyebut sering berlaku di kalangan murid-murid bahasa kedua. Gangguan bahasa ibunda yang sering menghalang pembelajaran mereka.
2. Tekanan. Satu cara menyebut perkataan,frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Biasanya tekanan dilakukan pada suku kata dan ia bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan. Lambang yang diberikan untuk tekanan itu ialah /?/.Dalam Bahasa Malaysia ,tekanan tidak membezakan makna. Ia hanya untuk menyedapkan percakapan atau bacaan( Misalnya dalam bacaan sajak) atau untuk menandakan tempat atau aspek yang perlu diberi perhatian..
3. Jeda. Disebut sebagai persendirian. Unsur ini digunakan untuk memisahkan elemen-elemen lingustik seperti perkataan, rangkai kata atau ayat. Jeda digunakan sebagai hentian sebenar. Lambang jeda ditanda seperti ini # dan apabila digunakan ia boleh membawa makna yang berbeza. Contoh ayat seperti berikut:
1. (# saja minum susu lembu #)(Maksudnya: Orang yang bercakap itu hanya minum susu lembu dan bukan susu lain)
2. /# saja minum susu # lembu #(Maksudnya: Orang yang bercakap itu memanggil orang dilawan bertutur itu sebagai lembu dan menyatakan yang dia hanya minum susu)
Sebagai contoh:(# saya makan biskut kopi),(#saya makan buskut #kopi)
4. Intonasi: Intonasi:adalah keadaan yang menaik dan menurun sewaktu sesuatu ayat dilafazkan. Ia kadangkala disebut nada suara. Intonasi ayat dalam Bahasa Malaysia biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan.Intonasi boleh menurun ,menaik, mendatar, meninggi dan sebagainya. Misalnya, Ayat Tanya mempunyai intonasi yang menaik di akhir ayat manakala Ayat Penyata mempunyai intonasi yang menurun.
5. Tatabahasa: adalah system, peraturan atau undang-undang yang menggabungkan perkataan untuk membentuk ayat. Antara aspek yang dinilai ialah fonologi, morfologi dan sintasis.
6. Kelancaran: Kelancaran bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas. Dinilai melalui kelancarannya menyampailkan idea, pandangan atau hujah yang baik, bernas, licin dan teratur.
7. Kefasiran: Kefasiran bererti boleh bercakap bukan sahaja dalam bentuk yang kemas,teratur, dan lancar tetapi boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan yang dituturkan itu secara tepat dan jelas.Ini bererti seseorang itu menuturkan bahasa itu seperti seorang penutur jati.

Tujuan kemahiran lisan:
1. Menyebut perkataan atau ayat dengan betul.
2. Melatih murid-murid mendengar dan mamahami pertuturan orang lain.
3. Melatih murid agar berkeyakinan dan percaya kepada diri supaya berani bercakap, menyatakan perasaan dan kehendak.
4. Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yang tersusun, perkataan yang sesuai dan perbendaharaan kata yang luas.
5. Untuk berinteraksi dengan orang lain untuk menyampaikan perasaan ,kehendak dan lain-lain.
Penilaian Kemahiran Bertutur dalam lisan:
1. Guru berperanan mengenalpasti tahap kebolehan murid dalam menguasai bahasa.
2. Murid-murid diberi peluang untuk membaca petikan, menjawab soalan dan mengemukakan pendapat.
3. Dapat dilihat melalui pemikiran secara kritis dan kreatif dalam menyampaikan idea.
Penilaian Kermahiran Membaca:
Ia merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid-murid. Penilaian kemahiran membaca penting untuk guru-guru mengetahui tahap kemajuan murid-murid. Penilaian ini boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk penilaian dan jenis pengujian.Kemahiran mem,baca merupakan keupayaan murid-murid membaca ayat dengan lancer serta sebutan ,intonasi dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara krirtis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.
Ciri-ciri Penilaian Membaca:
1. Merupakan satu proses yang berterusan.
2. Menjelaskan kemajuan pembelajaran seseorang.
3. Penilaian menghendaki sampel kerja ,murid yang mencukupi.
4. Boleh dilakukan secara penilaian dengan sendiri.
5. Terbuka dan tiada batasan.
6. Teknik penilaian seharusnya member peluang kepada murid merasai perubahan tingkah laku yang ingin dicapai oleh mereka.
Matlamat Dalam Penilaian Kemahiran Membaca Dibahagikan Kepada 3:
1. Matlamat Persepsi.
2. Matlamat Kognitif.
3. Matlamat Afektif.
Matlamat Persepsi:
1.Dalam penilaian, murid-murid harus prihatin terhadap kebolehubahan.
2.Mereka boleh menyesuaikan kadar membaca dan peka terhadap sesuatu
konsep perkataan.
Matlamat Kognitif:
1.Untuk mencapai matlamat ini dalam penilaian,keprihatinan harus ditumpukan terhadap jenis aras pemukiran yang digunakan semasa membaca.
Matlamat Afektif:
1. Penilaian ini harus menimbulkan perasaan dan sikap murid terhadap bahan yang dibaca.
2. Murid-murid dinilai secara berterusan dengan jujur dan adil agar pelajar dapat mengalami setiap aras kesukaran iaitu dari mudah kepada kompleks.

Proses Penilaian Membaca dibahagikan kepada 3:
1. Mengenal pasti idea keseluruhan.
2. Mengenal idea utama dan sokongan.
3. Membuat ramalan dan kesimpulan.
Mengenal pasti idea keseluruhan:
a. Mesej utama yang disampaikan penulis.
b. Mengesan pandangan, pendapat ,emosi penulis.
c. Kenal pasti prinsip penulisan:
-Pengelasan mengikut kronologi.
- Pengelasan mengikut hierarki.

- Pengelasan mengikut ciri-ciri.
Mengenal idea Utama dan Keterangan:
a. Idea Utama.
-satu atau lebih idea utama.
-satu idea utama dalam satu perenggan
b. Sokongan
-Huraian atau keterangan yang menyokong idea utama.
-Disertai dengan contoh-contoh.
Membuat Ramalan dan Kesimpulan:
a. Dibuat sesudah pembaca mengesan isi tersirat.
b. Mesti baca dan teliti seluruh teks.
c. Tidak semestinya disokong dengan contoh dan keterangan.
d. Lahir daripada resolusi dan kefahaman pembaca.
Secara kesimpulan, penilaian kemahiran membaca juga dianggap sebagai salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan ianya adalah penting bagi tujuan mengesan tahap kemajuan atau pencapaian kemahiran membaca bagi setiap murid-murid.

Penilaian Kamahiran Menulis:
Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang penting dan mesti diajar. Penulisan merupakan satu aspek penting dalam merakamkan bahasa yang melibatkan fikiran, pengetahuan, teknik dan gaya. Teknik pengujian yang paling kerap digunakan bagi menguji kemahiran penulisan murid-murid ialah menulis karangan.
Tujuan Penilaian Menulis:
1. Untuk mengetahui sejauh mana murid-murid telah menguasai kemahiran menulis dalam sesuatu bahasa.
2. Menurut Heaton(1988), kemahiran ini bukan sahaja memerlukan penguasaan aspek tatabahasa dan retorik tetapi juga unsure konseptual dan penilaian.
3. Komponen kemahiran menulis Heaton: Menggunakan bahasa,kemahiran mekanikal, penggunaan isi, gaya dan kemahiran menilai.
Jenis Ujian :
1. Ujian pencapaian yang berkait rapat dengan sesuatu kursus bahasa atau sukatan pelajaran.
2. Bertujuan menentukan pencapaian murid-murid dalam objektif bpelajaran yang diikuti.
3. Ujian pencapaian kemajuan adalah ujian pencapaian yang digunakan untuk mengukur kemajuan murid-murid dalam sesuatu kursus.
4. Ujian diagnostik adalah untuk mengesan kekuatan dean kelemahan murid-murid dalam kemahiran mengarang.
Cara menguji:
1. Seperti mencatat nota, mengembangkan maklumat berasaskan nota, mengisi borang, menulis surat dan menulis karangan berbentuk cerita, huraian, laporan dan perdebatan.
2. Peringkat awal penulisan boleh diuji dengan menyambung ayat.
3. Peringkat tinggi boleh diuji dalam tugasan.
Jenis Tugasan:
1. Tugasan-tugasan Bebas. Pelajar diberi satu tajuk dan pelajar dikehendaki menulis tanpa bimbingan guru.
2. Tugasan Berpandu. Pelajar diberi ransangan dalam bentuk graf, jadual, gambar atau bahan bahasa yang lain untuk ditulis.
3. Tugasan Berdasarkan Pengalaman. Pelajar diberi peluang mendapat bahan dan kemahiran melalui pengalaman ,sebelum mereka diberi tugasan yang sebenar untuk dilaksanakan.
Penulisan Ujian:
Untuk kesahihan isi dan juga kesan yang baik ke atas pengajaran ,pilihan antara kemahiran menulis ini perlu dibuat untuk diuji. Sebelum ujian ditulis, perlu diadakan spesifikasi ujian iaitu maklumat tentang isi ,format, masa yang diperuntukkan ,peringkat perlakuan mengikut kriteria yang tertentu dan cara memberi markah.

Isi Ujian:
1. Tugasan-tugasan yang perlu dilaksanakan oleh pelajar dalam ujian penulisan harus berdasarkan sukatan pelajaran. Tugasan ini memerlukan pelajar menulis dengan menggunakan kemahiran menulis yang sesuai dengan jenis teks.
2. Jenis karangan . cerita ,huraian ,laporan,ulasan dan pengumuman,arahan ,nota, surat kiriman dan lain-lain.
3. Penerima /pembaca. Orang yang menerima(membaca)apa yang ditulis pelajar.
4. Format dan masa. Ujian dibentuk mengikut struktur termasuklah peruntukan masa dan jenis soalan.
Kepentingan Skim Permarkahan Dalam Teknik Penilaian
Menguji dan mengukur kebolehan murid menyusun fikiran dan pendapat serta melahirkannya dengan menggunakan perkataan,gaya dan bahasa sendiri dalam bentuk komunikasi tulisan.
Dilihat dari sudut ketekalan pemarkahan dan kebolehpercayaan pengukuran, skim pemarkahan dianggap sangat penting bagi seorang pemeriksa atau kumpulan pemeriksa.
Skim pemarkahan karangan sesuatu bahan pemeriksaan membuktikan antara lain subkemahiran yang perlu diukur dan dinilai.

Penilaian Berdasarkan 3 aspek kebolehan dalam karangan:
1. Isi karangan
2. Penyusunan
3. Bahasa
Tujuan Skim Pemarkahan Disediakan Untuk Para Guru atau Pemeriksa.
1. Mengurangkan unsur-unsur subjektif dengan memasukkan unsur-unsur keobjektifan dalam sisitem pengukuran dengan menggunakan skala tertentu.
2. Mengawal ketekalan pemarkahan pemeriksa dengan menggunakan panduan gred yang standard dalam proses pemarkahan dan mengawal kebolehpercayaan pengukuran yang dihasilkan.
3. Menyenaraikan semak sub-sub kemahiran penting yang berkaitan dengan sesuatu kemahiran.
4. Mengkuantitikan kemahiran dalam bentuk markah dan markat.

Dua Teknik Penilaian Dalam Karangan:
a. Teknik Global(Holistik)
1. Pemeriksa menilai kualiti sesuatu karangan berdasarkan tanggapan pemeriksa secara keseluruhan.
2. Merunut Heaton(1979), sebaik-baiknya 3 atau 4 orang pemeriksa menilai karangan dan 1 persetujuan diambil untuk menentukan mutu karangan itu.
3. Terdapat skala pemarkahan yang menggunakan skala 5 mata, 10 mata dan sebagainya.
4. Skema pemarkahan yang menggunakan teknik global menurut Azman Wan Chik.
10 Markah- cemerlang.
Daripada semua aspek prestasinya tinggi. Cemerlang dalam perbendaharaan kata, tatabahasa,gaya dan lain-lain.
9 Markah-Amat Baik. Lebih tinggi pencapaian daripada 8 .
8 Markah- Baik. Walaupun jelas.
7 Markah-Hampir Baik.
6 Markah-Sedang.
5 Markah-Boleh Diterima.
4 Markah-Lemah.
3 Markah-Terlalu Lemah.
2 Markah-Buruk
1 Markah-Tidak Berkemanpuan Langsung.
0 Markah-Tidak Ada Sambutan.

b. Teknik Perincian(Analitikal)
1. Teknik perincian ialah cara pemarkahan yang menganalisa atau memecahkan kemahiran penulisan kepada beberapa aspek yang dianggap penting dalam menghasilkan karangan yang baik.
2. Tiap-tiap satu aspek subkemahiran itu dinilai secara berasingan.
3. Heaton (1979) berpendapat bahawa 5 aspek yang penting yang perlu diteliti secara berasingan adalah: tatabahasa,perbendaharaan kata,kaitan isi dengan tajuk, kelancaran dan aspek mekanis.
4. Setiap aspek diberi sebanyak 5 markah.

`5 Markah-Sangat Baik
4 Markah-Baik
3 Markah-Sederhana
2 Markah-Lemah
1 Markah-Sangat Lemah

Menurut Abdul Aziz Abdul Talib(1993) sub kemahiran adalah seperti berikut.
1. Kemahiran struktur dan gaya.
Kemahiran ini menekankan kebolehan menulis ayat yang betul, manipulasi ayat dan menggunakan bahasa secara berkesan.
2. Kemahiran memilih isi.
Kemahiran ini menekankan kebolehan memilih isi karangan yang sesuai dengan tajuk.
3. Kemahiran perbedaharaan kata.
Kemahiran ini mencakupi kebolehan memilih , menggunakan perkataan beragam dan luas dengan tepat dan berkesan.
4. Kemahiran menyusun.
Kemahiran ini memerlukan kebolehan menyusun isi atau idea yang berkaitan secara teratur dalam turutan yang paling logic dan berkesan.
5. Kemahiran Mekanis.
Kemahiran ini mencakupi kebolehan mengeja, menggunakan tanda baca ,pemerengganan dan tulisan yang boleh dibaca.









Minggu 10: Penilaian Aktiviti Bahasa:
1. Pidato
2. Pantun
3. Sajak
4. Ceramah
5. Forum
6. Debat
7. Syarahan

Pidato:
Mengandungi huraian isi-isi yang melibatkan fakta-fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan. Interaksi satu hala dilakukan di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton.
Berpidato bukanlah bermaksud membaca sebaliknya menerangkan ,member interprestasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan. Hal ini membolehkan penyampaian isi pidato lebi9h nkukuh kerana adanya fakta berserta contoh yang diberikan.
Pantun:
Pantun merupakan satu bentuk puisi tradisional bersifat peribumi. Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah , berbentuk kias ibarat , usik mengusik dan puji memuji. Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.
Istilah pantun bagi orang Melayu seringkali membawa maksud “umpama” dan “ibarat” Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan. Dari perumpamaan atau bidalan jugalah pantun berkembang. Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.
Kompenan yang terdapat dalam pantun seperti baris pertama dan kedua sebagai pembayang sahaja manakala baris ketiga dan keempat membawa maksud . Pantun terdiri daripada tiga atau empat perkataan. Terdiri daripada dua atau tiga suku kata dalam setiap perkataan. Rimanya “abad”.
Jenis-jenis pantun:
-pantun dua kerat.
-pantun empat kerat.
-Talibon(enam kerat,lapan kerat, sepuluh kerat, dua belas kerat dan empat belas kerat serangkap)
Bentuk-bentuk pantun:
- Pantun kanak-kanak.
- Pantun orang muda (pantun kasih saying, pantun perpisahan, pantun dagang , pantun kehibaan hati, pantun ketabahan hati, pantun sendiran dan pantun jenaka)
- Pantun orang tua(pantun nasihat, pantun adat dan pantun kiasan)

Sajak:
Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden yang lebih bebas berbanding puisi tradisional seperti pantun dan syair.
Rangkap dan tema pada sajak tidak terhad dan bebas . Baris dan rentak dalam sajak juga terhad. Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak. Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.
Ceramah:
Ceramah merupakan pengycapan tentang bidsang tertentu disampaikan oleh orangyang pakar. Penerangan dan penjelasan diadakan di majlis atau ndi perhimpunan.
Jenis-jenis ceramah:
-Ceramah agama
-Ceramah kesihatan
-Ceramah kesedaran dan sebagainya.



Forum
Forum merupakan suatu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk, dimana ia dijalankan secara formal.
Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai kerana pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengelaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif ,kreatif dan rasional.
Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran , pencapaian serta peringkat umur pelajar.
Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada pada peringkat sebelum, semasa dan selepas aktiviti. Soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan selanjutnya.
Debat:
Debat ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logic dan idea yang tersusun. Terdapat dua pihak yang akan menutamakan pendapat masing-masing. Contohnya: Sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk perdebatan dan pihak kedua membangkang tajuk tersebut.
Huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta serta contoh daripada maklumat yamg kukuh dan bernas. Setiap pihak haruslah yakin dan sentiasa menegakkan fakta yang diutamakan berdasarkan tajuk yang diberikan.
Semasa pihak pencadang sedang member hujahnya, pihak pembangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta pihak pencadang dan sebaliknya jika didapati hujan tersebut menggugat fakta yang diberikan dianggap tidak sesuai .
Sesi pengulasan akan dibuat untuk mendapatkan kesimpulan fakta daripada ahli-ahlu yang sudah melontarkan hujah mereka. Masa yang diberikan untuk sesi perdebatan ditetapkan. Markah tidak akan diberikan sekirannya lebihan masa digunakan.
Syarahan:
Syarahan adalah aktiviti yang berformat khusus. Setiap syarahan mesti mempunyai kata alu-aluan atau pendahuluan, kata-kasta penghadapan, isi-isi dan penutup.
Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan mesti disampaikan secara teratur, mantap dan berkesan. Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta dengan contoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong dengan isi-isi sampingan.
Sebagai langkah awal syarahan, sediakan suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan .
Peringkat Kemahiran:
Pada peringkat persediaan mesti mamahami tajuk dan kehendak soalan. Kemudian mengumpul idea atau isi-isi penting tentang tajuk syarahan. Selepas itu, menyusun idea-idea atau isi-isi dan membuat rangka syarahan.
Pada peringkat penulisan pula menulis perenggan pendahuluan,. Kemudian mengembangkan isi-isi secara tersusun.Akhirnya menyatakan kesimpulan pada perenggan penutup.
Akhirnya mesti menyemak ejaan, tatabahasa dan mengira jumlah perkataan.
Beberapa langkah perlu untuk memtitikberatkan untuk mempertingkatkan teknik bersyarah:
a.Sediakan nota-nota yang mencukupi.
b.Mulakan syarahan dengan mengulang secara ringfkas perkara-perkara yang telah dikaji terdahulu daripada itu.
c. Syarahan boleh dimulakan dengan menimbulkan atau mengemukakan satu atau beberapa masalah.
d.Kandungan syarahan hendaklah terdiri daripada perkara=perkara penting sahaja.
e. Syarahan tersebutr disampaikan dalam bentuk pertuturan biasa. Jangan dibaca sahaja, guru perlu ,enerangkan , membuat interpretasi, menghuraikan idea-idea dan sebagainya. Tunjukkan rasa keyakinan diri semasa menyampaikan syarahan.

Minggu 11: Penilaian Pengalaman Pembelajaran.
-definisi
-ciri-ciri
Definisi Penilaian Pengalaman Pembelajaran:
Penilaian pengalaman pembelajaran merupakan suatu kegiatan untuk mendapat informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan. Dalam penilaian ini termasuk proses pembuatan keputusan tentang kedudukan dan persembahan peserta didik. Maksudnya penilaian ini merupakan kegiatan yang terancang untuk mengukur keefektifan suatu system pendidikan secara keseluruhan.
Penilaian pengalaman pembelajaran adalah suatu usaha untuk mendapat berbagai informasi secara berkala, berkesinambungan dan menyeluruh tentang proses dan hasil dari pertumbuhan dan perkembangan yang telah dicapai oleh anak didik melalui program kegiatan belajar.
Penilaian pembelajaran yang telah dikerjakan telah berhasil/ belum melalui suatu alat pengukuran yang dapat berupa tes ataupun non tes.
Penilaian perkembangan merupakan salah satu cara guru mengetahui hasil belajar, intelegensi bakat khusus, minat, hubungan social ,sikap dsan kepribadian siswa atai peserta didik.
Ciri-ciri Penilaian Pengalaman Pembelajaran:
1. Kaedah Jigsaw
2. Kritikan Terbuka
3. Penilaian Rakan Kumpulan.(PRK)

Kaedah Jigsaw
Kaedah jigsaw merupakan satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran mendengar,penyampaian dan pemikiran kreatif (Felder dan Brent , 2004) . Ini telah terbukti keberkesanannya seperti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al(2006).
Menurut Hafizah Husain et al(2006) kaedah jigsaw menekankan lima perkara dalam perlaksanaanya.
1. Pergatungan secara positif.
2. Tanggungjawab.
3. Interaksi secara terus seperti bertentang mata.
4. Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian.
5. Penilaian kendiri secara berterusan.
Kritikan Terbuka
Kritikan Terbuka membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ianya juga sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop).
Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama lima minit kepada rakan-rakan kelas. Pelajar akan diberi topic yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu atau mengenai tugasan yang telah diberi.
Seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan lima perkara:
1. Intinasi dan kejelasan suara.
2. Keyakinan diri dikhalayak ramai.
3. Kelancaran bahasa.
4. Penampilan.
5. Maklum balas terhadp soalan yang diterima.
Komen dari panel aakan disampaikan kepada pelajar untuk kelemahan yang ada. Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah. Secara tidak langsung juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi awam di kalangan pelajar.
Penilaian Rakan Kumpulan.(PRK)
Penilaian Rakan Kumpulan adalah satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama. Penilaian ini digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar.
Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmenpelajar dalam menyiapkan kerja kursus.
Rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain kerana kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka.

Minggu 12: Penilaian Bahasa Berasaskan Projek
a. Brosur
b. Power point
Definisi Brosur:
Brosur ialah risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu.

Rubrik Penilaian Brosur:
1. Lemah (0-5)
2. Sederhana(6-8)
3. Cemerlang(9-10)
Kreativiti dan keaslian:
1. Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat)
2. Mempunyai kekreatifan dan keaslian.
3. Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum.
Fungsi:
1. Reka bentuk dan paparan yang salah.
2. Reka bentuk dan paparan brosur yang betul tetapiu kurang menarik.
3. Reka bentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar.
Tatabahasa:
1. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah.
2. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik tetapi masih perlu diperbaiki.
3. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik , jelas dan tidak mengandungi kesalahan.
Ilustrasi:
1. Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi.
2. Menggunakan ilustrasi sekadar mencukupi syarat.
3. Menggunakan ilustrasi yangpelbagai, menarik dan sesuai.
POWER POINT
Definisi Power Point:
Micrasoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafiks yang lengkap. Ia menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara professional. Melalui kursus asas ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan menghasilkan dari slaid pertama hinbgga slaid terakhir dengan mendedahkan ciri-ciri tambahan persembahan seperti “background format”, “drawing” ,”colour”, “transitions” dan “animations”, “drawing tools” dan ciri-ciri pengawalan masa, yang mana akan memudahkan seseorang untuk menjadi pengenali persembahan yang professional.
Matlamat Power Point ialah menggalakkan pelajar dan guru menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang bersifat empatan dan membanyakkan bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan ICT.
Objektif Power Point ialah merangsangkan para pelajar dan guru mencipta bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan ICT . Selain itu, menjalinkan kerjasama antara pelajar dan guru.
Ciri-ciri Power Point :
Pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point mestilah berdasarkan tajuk pengajaran yang dipilih berdasarkan pelajaran semasa.
Bahan yang dipertandingan mestilah mengikut kriiiiteria seperti berikut:
1. Hasil ciptaan sendiri.
2. Berkonsepkan pembelajaran kendiri.
3. Berasaskan windows.
4. Interaktif.
Aspek Penilaian Power Point adalah seperti berikut;
1. Warna , pengurusan ruang yang kreativiti.
2. Keberkesanan kesinambungan persembahan.
3. Ketepatan isi kandungan.
4. Kelengkapan laporan.
5. Cara penyampaian maklumat.
6. Keistimewaan persembahan.
7. Hasil ciptaan persembahan multimedia yang terpilih akan direkodkan dalam CD.
8. Masa terhad untuk persembahan.

Minggu 13: Penilaian Berasaskan Sekolah.
1.Rasional
2. Ciri-ciri
3. Prinsip
4. Aspek Penilaian
Rasional Penilaian Berasaskan Sekolah:
Penilaian Berasaskan sekolah dapat mengesan perkembangan murid secara menyeluruh. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan muird-murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa. Boleh membantu guru mengetahui kenberkesanan pengajaran guru. Seterusnya, guru boleh merancang dan mengubahsuai pengajarannya. Guru juga dapat menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta selepas membuat Penilaian Berasaskan Sekolah.
Ciri-ciri Penilaian Berasaskan Sekolah:
Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah. Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembanga Peperiksaan Malaysia.
Penilkaian Berasaskan Sekolah terbahagikan kepada 2 bentuk format pentaksiran iaitu:
1. Kerja kursus/ PEKA:
Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran. Dokumen pentaksiran adalah dibekalkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. LPM/JBN/PPD yang melantik pemantau atau penyelaras. Penskoran dan pelaporan dibuat oleh sekolah. Kemudian pemarkahan dihantar kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia. Sijil dikeluarkan oleh sekolah.
2. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah:
Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagai konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. Lembaga Peperiksaan Malaysia yang membekalkan panduan. Pemantau/penyelaras dilantik oleh LPM/JPN/PPD. Penskoran dan pelaporan dibuat oleh sekolah. Sijil juga dikeluarkan oleh sekolah.
3. Projek:
Calon melaksanakan tugasan di sekolah.LPM membekalkan panduan. LPM/JPM/PPD melantih pemantau/penyelaras. Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah.Markah dihantar kepada JPM. Sekolah mengeluarkan sijil.
4. Modul.
Calon ditaksir kompetensinya mengikut spesifikasi. LPM membekalkan modul pentaksiran sebagai panduan.LPM/JPM/PPD melantik pemantau/penyelaras. Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah.Markah dihantar kepada JPM. Sekolah mengeluarkan sijil.
5. Ujian Lisan Berasakan Sekolah (USBS)
Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagai konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. LPM membekalkan panduan. LPM/JPM/PPD melantih pemantau/penyelaras. Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah.Markah dihantar kepada JPM. Sekolah /LPM mengeluarkan sijil.

Prinsip-prinsip Penilaian Berasaskan Sekolah:
Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada beberapa perancangan berikut:
Murid akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran , siapa yang terlibat dalam pentaksiran pemilihan atau pembinaan instrument pentaksiran, penskoran,pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kapada Panduan Penilaian Berasaskan Sekolah bagi matapelajaran berkenaan.
Ditadbir di peringkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.
Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.
Dilaporkan di peringkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar.
Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh paraturan penggredan yang telah dibina.
Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Dimoderasikan pula merujuk kepada usha memastikan tiap-tiap murid ditaksir berdasarkan perkara yang sama. Mekanisme penyelaraskan dan pemantauan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan skor pentaksiran bagi menjamin kualiti.
Mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan . Kesahan merujuk kepada perkara yang ditaksir itu relevan dan terangkum dalam Huraian Sukatan Pelajaran. Kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu tepat dan tekal. Kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran ini dipastikan melalui pelaksanaan mekanisme penyelarasan dan pemantauan.
Pelaporan positif. Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Aspek Penilaian Berasaskan Sekolah:
Dalam Penilaian Berasaskan Sekolah, aspek-aspek yang dinilai ialah:
1. Daya kreatif. Contohnya: mereka cipta, melukis.
2. Kemahiran proses sains, Contohnya: memerhati, membuat inferens.
3. Perlakuan dan amalan nilai. Contoh: membantu, berdikari.
4. Sikap. Contoh: bersemangat untuk belajar, gigih bekerja.
5. Kesihatan dan kecergasan. Contoh: sihat, cergas dan aktif.
6. Kemahiran kinestetik. Contohnya: bersukan, bergerak secara kreatif.
7. Bakat dan minat. Contohnya: Kesungguhan membuat sesuatu,kelebihan dalam sesuatu bidang
Minggu 14: Penilaian Berasaskan Sekolah.
a. Penggredan
b. Prosedur pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah.
Penggredan:
Pencapaian dalam Penilaian Berasaskan Sekolah akan dinilai dan pelajar perlu menyempurnakan setiap tugasan yang diberikan. Antara aspek-aspek yang dinilai adalah:
1. Kehadiran pelajar dalam Penilaian Berasaskan Sekolah.
2. Menyempurnakan tugasan(dinilai oleh pensyarah)
3. Portfolio individu.
4. Laporan Perkembangan Pelajar.
Prosedur pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah:
1. Bahagian Pendidikan Guru memaklumkan kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri(JPN) tentang program Penilaian Berasaskan Sekolah(PBS).
2. Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) akan memaklumkan kepada pihak sekolah tentang penempatan pelajar.
3. IPGM akan memaklumkan atau memberikan taklimat berkaitan pelaksanaan PBS kepada pihak sekolah.
4. IPGM akan menguruskan taklimat pengurusan dan pelaksanaan PBS untuk tutor dan pelajar.
5. IPGM menyediakan borang dan dokumen yang berkaitan untuk tindakan pelajar.
6. IPGM memberikan tugasan kepada pelajar untuk disempurnakan sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan dibincang bersama pensyarah masing-masing semasa sesi interaksi.
7. Tugasan pelajar semasa PBS akan dinilai oleh pensyarah mata pelajaran yang terlibat.

Minggu 15: Penilaian Pengalaman Pembelajaran.
-definisi
-ciri
-pelaksanaan
Definisi Penilaian Pengalaman Pembelajaran:
Penilaian pengalaman pembelajaran merupakan suatu kegiatan untuk mendapat informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan. Dalam penilaian ini termasuk proses pembuatan keputusan tentang kedudukan dan persembahan peserta didik. Maksudnya penilaian ini merupakan kegiatan yang terancang untuk mengukur keefektifan suatu system pendidikan secara keseluruhan.
Penilaian pengalaman pembelajaran adalah suatu usaha untuk mendapat berbagai informasi secara berkala, berkesinambungan dan menyeluruh tentang proses dan hasil dari pertumbuhan dan perkembangan yang telah dicapai oleh anak didik melalui program kegiatan belajar.
Penilaian pembelajaran yang telah dikerjakan telah berhasil/ belum melalui suatu alat pengukuran yang dapat berupa tes ataupun non tes.
Penilaian perkembangan merupakan salah satu cara guru mengetahui hasil belajar, intelegensi bakat khusus, minat, hubungan social ,sikap dsan kepribadian siswa atai peserta didik.
Ciri-ciri Penilaian Pengalaman Pembelajaran:
4. Kaedah Jigsaw
5. Kritikan Terbuka
6. Penilaian Rakan Kumpulan.(PRK)

Kaedah Jigsaw
Kaedah jigsaw merupakan satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran mendengar,penyampaian dan pemikiran kreatif (Felder dan Brent , 2004) . Ini telah terbukti keberkesanannya seperti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al(2006).
Menurut Hafizah Husain et al(2006) kaedah jigsaw menekankan lima perkara dalam perlaksanaanya.
6. Pergatungan secara positif.
7. Tanggungjawab.
8. Interaksi secara terus seperti bertentang mata.
9. Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian.
10. Penilaian kendiri secara berterusan.
Kritikan Terbuka
Kritikan Terbuka membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ianya juga sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop).
Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama lima minit kepada rakan-rakan kelas. Pelajar akan diberi topic yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu atau mengenai tugasan yang telah diberi.
Seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan lima perkara:
6. Intinasi dan kejelasan suara.
7. Keyakinan diri dikhalayak ramai.
8. Kelancaran bahasa.
9. Penampilan.
10. Maklum balas terhadp soalan yang diterima.
Komen dari panel aakan disampaikan kepada pelajar untuk kelemahan yang ada. Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah. Secara tidak langsung juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi awam di kalangan pelajar.
Penilaian Rakan Kumpulan.(PRK)
Penilaian Rakan Kumpulan adalah satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama. Penilaian ini digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar.
Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmenpelajar dalam menyiapkan kerja kursus.
Rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain kerana kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka.
Pelaksanaan Penilaian Pembelajaran:

Tajuk: Keluarga
i. Kompetensi Dasar
1. PKN
1.1 Menerapkan hidup rukun di rumah .

a. Indikator
1.PKN
-Menyebutkan ahli keluarga yang tinggal dalam satu rumah. Contohnya: bapa, ibu , abang ,kakak, saya dan adik .
-Melakukan sikap hormat pada orang lain. Contohnya: orang tua, saudara, guru, guru besar, kawan dan lain-lain.
-Memberi contoh hidup rukun di rumah.
-Menjelasan akibat hidup tidak rukun di rumah.
-Menyebutkan manfaat hidup.
c. Langkah-langkah Pembelajaran:
A. Set Induksi:
Menyanyikan lagu :Keluargaku Sayang (Melodi: Bangun Pagi)
B.Kegiatan Inti:

1. Menceritakan hidup rukun di rumah.
2. Menyebut ahli keluarga yang tinggal dalam satu rumah. Contohnya: bapa, ibu , abang ,kakak, saya dan adik .
3. Melakukan sikap hormat pada orang lain. Contohnya: orang tua, saudara, guru, guru besar, kawan dan lain-lain.
4. Memberi contoh hidup rukun di rumah.
5. Menjelaskan akibat hidup tidak rukun di rumah .
6. Menyebutkan manfaat hidup.
7. Menggunakan kata tanya dengan betul.
8. Menulis kata Tanya (siapa, apa, di mana, bagaimana)
9. Menyelesaikan masalah yang berkaitan . (Lengkapkan ayat)
Penutup: Bersama-sama menyanyi lagu “Keluargaku Sayang” mengikut Melodi “Bangun Pagi”
Bahan Bantu Mengajar:
1. Kad Kata Tanya
2. Kad Perkataan
3. Kad Huruf
4. Gambar Ahli Keluarga
Penilaian:
1. Lisan
2. Bacaan
3. Tulisan
4. Portofolio