Minggu 1 :Konsep Pentaksiran,Pengujian dan Penilaian
Konsep Pentaksiran:
Pentaksiran ialah terjemahan perkataan Inggeris “assessment” yang berasal daripada perkataan Latin “assidere” yang membawa maksud “duduk di sisi”.
Dalam konteks pendidikan , pentaksiran merupakan satu aktiviti yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod , memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seorang pelajar yang bagi tujuan tertentu.
Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran, aktiviti dijalankan semasa , aktiviti dijalankan secara berterusan(sumatif) dan aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang bai.(formatif).
Pentaksiran merupakan sesuatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu.
Pentafsiran juga merupakan satu proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran ,aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
Dalam satu sistem peperiksaan kita membuat penilaian berdasarkan skor atau skor-skor yang diperolehi daripada pelbagai proses pentaksiran dan mengukuran..
Pentaksiran adalah satu proses mendapatkan maklumat bagi tujuan membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Tujuan Pentaksiran:
Tujuan pentaksiaran adalah untuk menolong guru mendapatkan gambaran tentang prestasi murid-murid dalam pembelajaran. Seterusnya menilai aktiviti yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Melalui pentaksiran guru boleh mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran seterusnya boleh memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
Selain itu membolehkan guru merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik yang bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Ini membolehkan semua atau sebilangan besar murid dalamkelas secara efektif.
Selepas membuat pentaksiran guru sedang merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan. Ini membolehkan guru memperbaiki pengajaran dan pembelajaran .
Rukun Pentaksiran: